1.Kandungan uric acid tinggi pada sendi badan adalah akibat dari pemakanan
 yang bersumberkan makanan laut seperti sotong/udang/ketam dengan 
kekerapan dan kuantiti yang tinggi.Bila kandungan uric acid menjadi 
terlalu tinggi akan menyebabkan bengkak pada sendi dan terasa seperti 
kaca mencucuk dengan kesakitan yang amat sangat.Amalan berbekam sebulan 
sekali mampu mengeluarkan darah kotor bersama uric acid semasa proses 
berbekam dijalankan,insyaAllah anda dihindari dari penyakit Gout dan 
juga Artritis.
Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu 
berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan
 dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat 
dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari
2.Alhamdulillah ramai pengidap penyakit darah tinggi mulai pulih dan tidak
 lagi mengambil ubatan moden setelah berbekam secara konsisten sebulan 
sekali.Penyakit darah tinggi perlu rawatan bekam yang konsisten kerana 
jika dibiarkan kita akan terdedah pada serangan jantung,strok dan 
kerosakan buah pinggang.
 
3.Bagi pesakit yang menghidapi masalah gatal-gatal kulit akibat alergi 
pada makanan tertentu,saya syor anda berbekam sebulan sekali.Punca 
alergi/gatal-gatal ini ialah akibat penurunan sistem antibodi badan 
kerana bebanan organ dalaman akibat peningkatan toksid pada saluran 
darah.Khasiat berbekam seperti yang saya nyatakan dahulu mampu 
meningkatkan sistem antobodi badan dan membuang segala toksid/darah 
kotor pada sistem saluran darah badan.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti 
mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah 
R.A
4.Bagi mereka yang sukar mendapat anak,anda disyorkan berbekam suami 
isteri sebulan sekali sebanyak 3 kali sesi dan mengamalkan minum madu 
asli setiap hari juga selama 3 bulan,insyaAllah tahap kesuburan anda 
meningkat dan peluang kebarangkalian untuk mendapat zuriat juga adalah 
tinggi..
Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu 
berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan
 dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat 
dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari
5.Amalan berbekam mengikut kajian moden mampu menurunkan gula berlebihan 
dalam saluran darah.Di Malaysia ini purata pengidap penyakit diabetes 
adalah dikalangan umur 40an dek kerana pankreas mereka mengalami 
kehausan dalam penghasilan insulin akibat dikerah bekerja keras dalam 
jangkamasa yang panjang setiap hari.Kenapa pankreas boleh haus ? Apabila
 kita kerap mengambil makanan bergula dan nasi secara rutin 
harian,secara tak langsung gula dalam saluran darah agak tinggi dan 
pankreas dalam masa 24jam tidak berhenti dalam proses pengeluaran 
insulin.Bila kita konsisten menjalani rawatan bekam sebulan sekali,gula 
dalam saluran darah secara tak langsung berkurangan dan pankreas hanya 
bekerja 12jam sehari dan bukannya 24jam seperti yang lepas-lepas dan ini
 secara tak langsung dapat mencegah kita dari terkena penyakit kencing 
manis/diabetes atau kata lainnya simptom kehausan pankreas menghasilkan 
insulin...
 
Sabda RASULULLAH SAW: “Kesembuhan itu 
berada pada tiga hal, iaitu minum madu, sayatan pisau bekam dan sundutan
 dengan api panas (kay). Sesungguhnya aku melarang ummatku berubat 
dengan kay” Hadis Sahih Al-Bukhari