Seorang wanita akan sentiasa mengalami perubahan hormon dalam badan
mereka. Dua hormon yang penting bagi wanita ialah hormon estrogen dan
progesteron. Fungsi hormon estrogen ialah mengekalkan sifat kewanitaan
seorang wanita, kesihatan jantung, tulang, memori otak, kesuburan dan
keanjalan kulit.
Fungsi hormon progesteron pula ialah mengekalkan ciri kewanitaan,
kesuburan, ketenangan emosi, kesihatan tulang, antikanser dan
menstabilkan air dalam badan. Perubahan hormon berlaku setiap kali
berlakunya kitaran haid, mengandung, selepas bersalin serta menopaus.
Kaedah perancangan keluarga yang berasaskan hormon juga menyebabkan
hormon tidak stabil di dalam badan. Perubahan hormon ini menyebabkan
seorang wanita itu kerap mengalami masalah mengawal berat badan. OBESITI
Menurut Pakar Perubatan, Dr. Nurhalina Azly Minhat, obesiti ialah
keadaan apabila berat melebihi BMI 30 (Indeks Jisim Tubuh) (Formula
Kiraan: BMI = berat (kg)/tinggi(m) x tinggi(m). Jika seorang ibu
mempunyai BMI melebihi 30, risiko untuk mendapat penyakit kronik
akanmeningkat. Antara penyakit-penyakit kroniknya ialah serangan
jantung, angin ahmar, tekanan darah tinggi, sakit lutut dan sendi,
penyakit gout, kolesterol tinggi, kerosakan hati serta penyakit
metabolik seperti kencing manis.
Apabila berat bertambah, lemak di dalam badan terkumpul bukan sahaja di
bawah kulit namun di bahagian luar organ seperti jantung dan usus yang
dikenali sebagai lemak visceral. Lemak visceral menyebabkan risiko
serangan jantung. Paras kolesterol yang tinggi di dalam darah boleh
menyebabkan saluran darah ke jantung dan otak tersumbat yang akhirnya
menyebabkan serangan jantung dan angin ahmar.
Lemak yang berlebihan juga boleh menyebabkan kerosakan hati (fatty
liver) di mana hati dipenuhi dengan lemak dan liver cirrhosis iaitu hati
yang keras dan tidak berfungsi. Hati merupakan organ kumuh bagi lemak.
Apabila berat semakin bertambah, sendi-sendi utama seperti lutut tidak
dapat menampung berat dan mula mengalami sakit lutut. Obesiti yang
berpunca daripada pemakanan yang tidak seimbang dan tiada senaman
menyebabkan hormon endokrin yang tidak stabil.
Selepas makan makanan berkarbohidrat tinggi, paras gula meningkat
secara mendadak. Organ pankreas akan mengeluarkan hormon insulin dengan
banyak untuk mengawal gula dalam darah. Hormon insulin berfungsi
memindahkan gula yang beredar di dalam darah ke dalam sel. Namun
demikian, jika paras insulin sentiasa tinggi, badan akan mengalami
insulin resistance iaitu suatu keadaan di mana insulin tidak dapat
berfungsi dengan baik untuk menyimpan gula seterusnya meningkatkan
paras gula dalam darah dikenali sebagai diabetes atau penyakit kencing
manis. CARA CEGAH OBESITI
Elakkan makan berlebihan serta mengambil makanan bergula dan berkanji
seperti nasi putih, roti, tepung dan mi. Pilihlah beras basmati, beras
perang dan roti serat tinggi. Lebihkan protein seperti dada ayam, daging
tanpa lemak dan ikan. Lebihkan sayuran dan buah-buahan seperti epal,
oren, jambu batu, limau bali dan beri. Pilih makanan yang mengandungi
indeks glisemik rendah.
Hadkan jumlah makanan di atas pinggan. Hadkan nasi sebesar genggaman
bagi setiap hidangan. Hadkan protein sebesar tapak tangan bagi setiap
hidangan. Selebihnya, penuhkan pinggan dengan sayur-sayuran.
Kurangkan penggunaan minyak sewaktu memasak. Gunakan kaedah stim, bakar atau rebus sewaktu memasak.
Tukarkanlah gula kepada stevia iaitu sejenis daun yang rasanya manis.
Bersenamlah selang sehari, lebih kurang 10-30 minit.
Berpuasa dua kali seminggu membantu mengekalkan berat badan dan merehatkan usus seketika.
Rehat yang cukup. Ibu yang bekerja perlu mendapatkan rehat dan tidur
secukupnya. Tidur yang terganggu juga akan menyebabkan ketidakstabilan
hormon dan obesiti.
Jika anda mengalami masalah obesiti, berjumpalah doktor bagi
mendapatkan rawatan. Rawatan HCG jika digabungkan dengan pemakanan
berkalori rendah dapat menurunkan berat badan. Namun, rawatan ini
memerlukan pemantauan doktor. Rawatan HCG bukan sahaja dapat
mengurangkan lemak visceral, malah dapat menstabilkan hormon dari
kelenjar pituitari.
Rawatan laser membantu mengeluarkan lemak dari sel lemak tanpa
mematikan sel lemak tersebut. Pemilihan rawatan laser yang betul seperti
kaedah ‘Zerona’ amat penting kerana kaedah lain seperti sedut lemak
boleh menjadikan pengimbangan hormon menjadi huru-hara dan lemak
berkumpul di tempat yang tidak diingini.
Cara terbaik untuk memulihkan Obesiti ialah dengan mengamalkan Sunnah Rasullah iaitu dengan cara berbekam.
Kencing Manis Punca Sakit Jantung, Darah Tinggi, Buah Pinggang Rosak
Kencing manis, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan sakit
jantung — empat penyakit yang saling berkait rapat. Biasanya jika
seseorang ada kencing manis, dia berisiko tinggi mengalami tiga penyakit
lain, terutama jika gagal mengawal paras gula dalam darah. diabetes
Dianggarkan di seluruh dunia ada kira-kira 250 juta pesakit kencing
manis dan catatan menunjukkan kebanyakannya meninggal dunia akibat
komplikasi penyakit. Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing
manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang. diabetes
Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang
dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak
sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai
gejala yang menjejaskan kualiti hidup. diabetes
Pakar perubatan percaya kebanyakan pesakit menghidap kencing manis
beberapa tahun sebelum penyakit dikesan. Yang membimbangkan, lebih lama
seseorang itu menghidap kencing manis, lebih tinggi risiko untuk
mendapat komplikasi penyakit. diabetes Punca Kematian Kelima Tertinggi Dunia
Kencing manis adalah penyakit zaman moden paling nyata dan menjadi punca
kematian kelima tertinggi di dunia. Dianggarkan satu kematian berlaku
dalam setiap 10 saat akibat kencing manis. diabetes
Komplikasi kencing manis boleh dibahagi kepada dua iaitu :
1) Mikrovaskular (membabitkan kerosakan salur kecil) seperti
kerosakan mata dipanggil retinopati diabetis yang mengakibatkan pesakit
hilang penglihatan, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf kaki dan
meningkatkan risiko kaki dipotong. diabetes
2) Makrovaskular (membabitkan salur darah besar) lebih mudah
berlaku pada kadar 4 kali lebih tinggi berbanding komplikasi
mikrovaskular. Kencing manis boleh meningkatkan risiko penyakit jantung,
strok, penyakit vaskular periferal (PVD iaitu salur darah besar pada
kaki). diabetes
Pecahan komplikasi kencing manis :
** 55% kematian kerana komplikasi jantung
** 13% kes kematian kerana paras gula tidak terkawal
** 13% kes kematian kerana kanser
** 19% kes kematian kerana lain-lain penyakit
Perkara pertama perlu dilakukan untuk mengelak komplikasi ialah mengawal
paras gula dan tekanan darah. Bagaimanapun, pesakit kencing manis yang
turut mengalami masalah tekanan darah tinggi sukar mencapai paras gula
dan tekanan darah yang disasarkan (selamat).
MERAWAT PENYAKIT SARAF AKIBAT KENCING MANIS DENGAN KAEDAH BEKAM
Gambar gejala awal kencing manis yang dikesan daripada kaedah Bekam
pDPN belenggu pesakit kencing manis, perlu sesuaikan diri tahan sakit neuropati
INDIVIDU yang mengalami sakit saraf akibat diabetes selalunya menderita
tanpa rawatan berikutan sifatnya yang sukar untuk didiagnosis.
Keadaan ini menyebabkan pesakit lebih rela belajar menyesuaikan diri
untuk hidup dengan menahan kesakitan dalam diam sepanjang hayat.
Masalah yang menyakitkan akibat diabetes ini dikenali sebagai painful
diabetic peripheral neuropathy (pDPN) atau lebih dikenali sebagai sakit
saraf akibat diabetes.
pDPN adalah keadaan di mana pesakit diabetes mengalami kesakitan
seperti pedih seperti dicucuk pin dan jarum atau seperti terkena tusukan
pada kaki dan tangan.
Satu daripada lima pesakit diabetes menanggung penderitaan ini dan
bilangan mereka terus meningkat. Disebabkan kesakitan ini dianggap
peribadi, sukar mengenal pasti pDPN. Inilah yang menimbulkan cabaran
dalam proses rawatan. Selain itu, kesedaran terhadap kesakitan neuropati
amat kurang, lebih-lebih lagi apa yang dimaksudkan dengan neuropati
periferi.
Menurut Profesor Bahagian Neurologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya
(PPUM), Profesor K.J Goh, sistem saraf periferi atau peripheral nervous
system (PNS) adalah satu daripada dua cabang utama sistem saraf. Satu
lagi ialah sistem saraf pusat atau central nervous system (CNS) yang
membentuk otak dan saraf tunjang.
Saraf dalam PNS menyambungkan CNS kepada organ deria seperti mata dan
telinga serta organ badan yang lain misalnya otot, saluran darah dan
kelenjar.
“Pesakit menanggung kesakitan neuropati apabila satu dan lebih banyak
saraf mereka rosak. Banyak faktor menyumbang kepada kerosakan saraf. Ia
boleh berpunca daripada gangguan, penyakit atau keadaan. pDPN adalah
satu contoh kerosakan saraf disebabkan keadaan iaitu diabetes,” katanya
kepada Sihat.
Antara gejala kesakitan neuropati termasuk kesakitan seperti terkena tusukan dan kepedihan, menggelenyar atau rasa kebas.
“Untuk melakukan diagnosis neuropati periferi, pesakit akan menjalani
beberapa pemeriksaan neurologi untuk mengenal pasti punca dan sejauh
mana kerosakan saraf,” tambah Prof Goh.
Sementara itu, Profesor Perubatan dan Pengarah Kampus Universiti Sains
Malaysia (USM) Kelantan, Datuk Dr Mafauzy Mohamed, pula menjelaskan
pesakit diabetes tidak sepatutnya hidup dengan menanggung kesakitan.
“Kesan neuropati periferi akibat diabetes amat buruk dan sangat
menyakitkan. Kesakitan ini menyukarkan kehidupan harian sebaliknya
pengurusan kesakitan secara berkesan membolehkan pesakit yang mengalami
keadaan ini membaiki kualiti hidup,” katanya.
Mengikut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Edisi Ketiga yang
dikendalikan pada 2006, penularan diabetes meningkat kepada 14.9
peratus berbanding sedekad lalu di mana kadar penularan diabetes hanya
8.3 peratus.
Mengikut rekod, penularan diabetes di Malaysia meningkat hampir dua
kali ganda dalam tempoh 10 tahun lalu. Ini adalah kadar yang lebih
cepat daripada ramalan Persekutuan Diabetes Antarabangsa. Perangkaan ini
adalah selari dengan peningkatan dua kali ganda masalah berat badan
berlebihan atau obesiti di kalangan penduduk.
Seramai 50 peratus daripada pesakit tempatan yang disahkan menghidap
diabetes dalam enam hingga 10 tahun yang lalu didapati mengalami pDPN.
“Semua data penyelidikan menunjukkan kes diabetes global dan tempatan.
Lama kelamaan penularan penyakit ini akan menyebabkan kerosakan saraf
yang pasti akan menimbulkan komplikasi. Oleh itu, adalah penting untuk
membantu pesakit diabetes menguruskan kesakitan yang ditimbulkan oleh
komplikasi diabetes,” tambahnya.
pDPN boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Kesan penyakit ini
sering menyukarkan pesakit untuk berjalan, tidur, bekerja dan
menjejaskan mood dan aktiviti harian mereka. Disebabkan kesakitan adalah
begitu subjektif dan menyentuh peribadi, pDPN selalunya kurang
dilaporkan serta dirawat.
Seramai 58 peratus pesakit tidak menyedari bahawa kesakitan yang
dialami mereka adalah disebabkan oleh diabetes. Justeru, pesakit
diabetes perlu mendapatkan nasihat doktor dalam memilih rawatan yang
betul untuk membantu menguruskan keadaan mereka yang menyakitkan.
April tahun lalu, Akademi Neurologi Amerika (AAN), Persatuan Perubatan
Saraf Otot dan Elektrodiagnostik Amerika dan Akademi Perubatan Fizikal
dan Pemulihan Amerika mengeluarkan laporan bersama yang menggariskan
rawatan paling berkesan untuk melegakan kesakitan saraf akibat
diabetes.
Menurut garis panduan itu, Pregabalin adalah satu-satunya rawatan tahap
A yang disyorkan, berasaskan bukti kukuh yang menunjukkan Pregabalin
berkesan merawat kesakitan saraf akibat diabetes.
Ramai dikalangan masyarakat kita fobia apabila mendengar bekam atau al-hijamah,ini kerana kos dan caj yang dikenakan adalah teramat tinggi. Pusat rawatan kami menawarkan caj dan kos paling murah di malaysia untuk berubat dengan kaedah Sunnah Rasullah ini dengan caj hanya RM 5 sahaja untuk setiap cawan atau cup yang digunakan.
Perlu kita ketahui bahawa sebenarnya perubatan ini merupakan perubatan terawal yang diwahyukan oleh allah kepada nabi
kita Muhammad S.A.W semasa di mikrajkan oleh Allah.Perubatan ini adalah
perubatan yang mengandungi hikmah dan rahsia yang tersembunyi yang tidak
diketahui oleh orang kebanyakkan.
Marilah kita semua cuba kaedah pengubatan ini,semoga Allah memberikan kesembuhan kepada penyakit-penyakit yang kita hadapi.
Hubungi kami untuk mendapatkan rawatan:
Ustaz Abdul Kahar 019-2177880 Ustazah Rohani 019-2817880
Berikut ialah beberapa jenis penyakit yang boleh dirawat melalui kaedah
berbekam, InsyaAllah:-
1 Kegemukan (Obesiti)
2 Elephantiasis (Penyakit Kaki Gajah / Untut)
3 Sciatica (Sakit Pinggang)
4 Sakit Perut
5 Sembelit
6 Gangguan Jantung & Lambung
7 Menunrunnya Fungsi Rusuk, Peradangan dan Nyeri Peru
8 Alergi Makanan
9 Sengal Tulang
10 Sesak Nafas
11 Asma
12 Insomnia (Susah Tidur)
13 Cirit Birit
14 Kejang Otot
15 Kencing Manis
16 Gangguan Pundi Empedu dan Hati
17 Menggigil Tanpa Demam
18 Kencing Malam
19 Tonsil
20 Gatal-Gatal (Harsh)
21 Radang Usus Besar
22 Tekanan Jiwa yang Berat (Stress)
23 Gangguan Pundi Empedu
24 Pusingan Haid Tidak Teratur
25 Ginjal
26 Tekanan Darah Tinggi
27 Sakit-sakit Lutut
28 Sakit-sakit Di Kaki
29 Sakit Di Sekitar Tulang Belakang
30 Gangguan Jiwa
31 Lumpuh kerana Penyumbatan Pembuluh Darah Otak (Strok)
32 Encok (Gout)
33 Rematoid
34 Luka, Bisul Di Betis dan Punggung serta Gatal-gatal
35 Menurunnya Daya Tahan Tubuh
36 Sinus
37 Sakit Di Daerah Perut
38 Gangguan Rusuk dan Penyakit Kulit Rusuk
39 Buasir
40 Penyakit Jantung
41 Mandul
42 Terlalu Banyak Tidur
43 Sakit Kepala Sebelah (Migrain)
44 Memperbaiki Peredaran Darah
45 Pembuluh Darah Sempit dan Sumbat
46 Sakit Punggung
47 Sakit Bahu dan Tengkuk
48 Sakit Bahu
49 Badan Kurus
50 Untuk Membantu Meninggalkan Merokok
51 Kurang Dengar, Radang dan Bengkak Telinga
52 Jangkitan Kuman
53 Melancarkan Perjalanan Darah
54 Menurunnya Aliran Darah
55 Tingkatkan Daya Ingatan
56 Tingkatkan Konsentrasi
57 Fistula Ani
58 Sakit Pinggang
59 Sakit Punggung
60 Gangguan Pundi Kemih
61 Kaki Kesemutan
62 Tangan Kesemutan
63 Salah Urat
64 Lumpuh Menyeluruh
65 Pening Kerana Gangguan Perut @ Sembelit
66 Gangguan Pada Prostat dan Lemah Syahwat
67 Pening Kerana Gangguan Tulang Belakang atau Gangguan Pada Empedu dan Hati
68 Pening Pada Waktu Haid Bagi Wanita
69 Rasa Sakit Di Bahagian Paha dan Telapak Kaki
70 Dingin Di Telapak Kaki
71 Nervous (Tegang / Gelisah)
72 Tumor Otak
73 Penebalan dan Pengerasan Telapak Kaki
74 Lutut yang Kaku
75 Gangguan Pankreas
76 Kejang-kejang
77 Tidak Boleh Bercakap
78 Penyakit Mata
79 Lemahnya Fungsi Sel-sel Otak
80 Berhenti Haid
81 Pembekakan Testis
82 Tekanan Darah Rendah
83 Berbagai Penyakit Rahim
84 Keluarnya Cairan Vagina Tanpa Bau, Warna dan Tanpa Rasa Gatal
85 Keluarnya Cairan Vagina
86 Peradangan Saraf Trigeminus (44) dan Facialis (45)
87 Untuk Meningkatkan Prodcuktiviti Indung Telur (Kesuburan)
88 Pusing Kerana Mata Lelah
89 Batuk Kronik dan Penyakit-penyakit Paru-Paru
90 Sakit Kepala Pening Kerana Tekanan Darah Tinggi
91 Sakit Kepala Kerana Radang Di Sekitar Rongga Hidung
92 Pening Kerana Anemia
93 Pening Kerana Influenza
Pusat Rawatan kami menawarkan perkhidmatan BEKAM dengan kos paling murah dan pastinya tidak membebankan sesiapa yang memerlukan rawatan pihak kami.
Kos RM5.00 untuk setiap cawan bekam sebagai caj perkhidmatan dan masa perawat-perawat kami.Kebiasaannya kami akan mengesyorkan titik-titik Sunnah untuk di bekam,sekiranya pesakit tidak mampu,bolehlah berbincang dengan perawat-perawat kami yang sentiasa bersikap terbuka untuk merawat.
Kami juga menawarkan rawatan BEKAM dari rumah ke rumah untuk kawasan yang berdekatan dengan pusat rawatan.Untuk kawasan yang berjauhan dengan Pusat Rawatan,caj minyak kereta dan Tol akan dikenakan mengikut jarak tempat tersebut.
Kebiasaan juru bekam menggunakan pisau untuk melakukan bekam,Penggunaan Pen adalah lebih elok kerana mata pen/jarum yang dimasukkan telah di laraskan matanya tidak melebihi paras kulit iaitu 4mm-5mm.ia juga adalah lebih selamat dan tidak meninggalkan kesan jangka masa panjang terhadap kulit.
Gelas bekam adalah alat yang paling utama dalam mengendalikan proses bekam.Gelas ini mesti dijaga supaya selelu berda dalam keadaan bersih.Apabila selesai sesuatu proses melakukan bekam,ia mesti di rendan dalam cecair Clorok dan antiseptik untuk mematikan kuman,setelah dikeringkan cup bekam mesti di stril dengan alat stril UV atau yang biasa.
Rasulullah s.a.w. telah bersabda (Berubatlah kamu Wahai hamba
Allah, Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menurunkan Penyakit kecuali Dia juga
Menurunkan Ubatnya) ( Hadis Soheh Ashabus-Sunan)
“Kesembuhan itu berada pada tiga hal, yaitu minum madu , sharti pisau bekam dan
sundutan dengan api (kay ) . Sesungguhnya aku melarang ummatku (berubat) dengan
kay .” (HR Bukhari)
Rasulullah Shallallahu ‘alayhi wa Salam bersabda :
“Sesungguhnya cara pengubatan yang paling sesuai bagi kamu adalah hijamah
(bekam) dan fashdu (venesection).” (HR Bukhari – Muslim)
A. Bekam Sebagai Pengubatan Tertua
Bekam sudah dikenal bangsa-bangsa purba sejak kerajaan
Sumeria berdiri, sekitar 4000 tahun SM, bekam berkembang di Babilonia, Mesir,
Saba’ dan Persia. Sumeria adalah daerah termasuk wilayah Irak, negeri yang
mengalir sungai Eufrat dan sungai Trigis. Pada masa itu, para tabib menggunakan
bekam hanya untuk mengubat raja dan kerabat diraja. Ilmu berbekam hanya
diturunkan oleh tabib-tabib termasyhur kepada murid-murid terpilih.
Di negeri Cina bekam berkembang sekitar 2500 tahun SM,
sebelum kekuasanya maharaja Yao. Di sinilah bekam mula berkembang berdasarkan
pada titik-titik akupunktur.
Di Mesir, bekam ujud semenjak zaman kekuasaan Fir’aun Ramses
II, kira-kira 1200 tahun SM, ujudnya berbekam secara tidak sengaja apa bila
pada satu masa orang ramai terkena runtuhan batu meyebabkan kecederaan lebam
dan bengkak di anggota badan, bagi mengubati bengkak bengkak, darah dikeluarkan
pada bahagian yang bengkak. Setelah dikeluarkan darahnya, ternyata ramai yang
merasa lega dan sembuh dari kesakitan. Semenjak itu amalan mengeluarkan darah
pada bahagian sakit diamalkan oleh para tabib di sana bersama-sama dengan
rawatan lain.
Dalam melakukan bekam, para tabib berpandukan pada
titik-titik tertentu di tubuh pesakit. Mereka menggunakan buku Papyrus sebagai
panduan, berdasarkan pada gambaran titik-titik ath-tho’ atau at-ta’ ataupun
tun, walaupun belum cukup lengkap. Rawatan berdasarkan pada titik-titik ini
kemudian berkembang ke Yunani, Saba’, Romawi, Figria, Bulgaria dan Isbanji.
Di zaman Nabi Yusuf, di Mesir terdapat kaum Israil. Diantara
mereka ada yang terkenal sebagai ahli pengubatan berbekam. namun, hanya
orang-orang tertentu sahaja yang berubat melalui berbekam.
Di Persia –yakni bangsa persi merupakan bangsa yang serumpun
dengan bangsa Aria, India, Yunani, Romawi, Isbanji, Jerman, maupun rumpun Aria
Eropa lainnya yang hidup sekitar 3000 tahun SM- bekam berkembang bersama
pengubatan fashid, yaitu pengubatan untuk mengeluarkan darah dari tubuh. Bekam
juga sudah ada di daerah Suriah dan Iskandariyah bersama pengobatan fashid,
kay, pembedahan, ramuan herba, tumbuh-tumbuhan laut, akar-akaran, biji-bijian,
bunga dan getah-getahan.
Di zaman Nabi Muhammad saw, bekam sudah banyak dikerjakan
para sahabat bahkan menjadi sunnah dan kebiasaan mereka. Beliau selain
memerintahkan umatnya untuk berubat dengan bekam, juga memberikan petunjuk
tentang tempat-tempat yang sangat baik untuk dibekam. Walaupun Nabi sendiri
bukan tabib, namun semua perbuatannya berdasarkan petunjuk Allah. Beliau mampu
memberi tunjuk ajar kepada umatnya untuk melakukan bekam secara betul pada
titik-titik bahagian tertentu.
Dalil-dalil tuntutan berbekam;
Bekam itu Fardhu Kifayah, Imam Ghazali ra berpendapat, yang
dinuklilkan dalam kitab Taysirul Fiqih lil Muslimin Mu’ashir oleh DR. Yusuf
Qardhawi pada halaman 235 – 236 :
Bekam adalah termasuk Fardhu Khifayah. Jika disebuah wilayah
tidak ada seorang yang mempelajarinya, maka semua penduduknya akan berdosa.
Namun jika ada salah seorang yang melaksanakannya serta memadai, maka gugurlah
kewajiban dari yang lain. Menurut Saa, sebuah wilayah kekadang memerlukan lebih
dari seorang pembekam. Tapi yang terpenting adalah adanya jumlah yang mencukupi
dan memenuhi seukuran keperluan yang diperlukan. Jika sebuah wilayah tidak ada
orang yang ahli bekam, suatu kehancuran. Sebab dzat yang menurunkan penyakit
juga menurunkan ubatnya, dan memerintahkan untuk menggunakannya serta
menyediakannya tempat-tempat untuk melaksanakannya. Maka dengan meremehkannya
berarti sebuah kehancuran telah menghadang.
Dari Abdullah bin
Mas’ud ra, dia berkata: “Rasulullah s.a.w. pernah menyampaikan sebuah hadits
tentang malam dimana beliau diperjalankan bahwa beliau tidak melewati sejumlah
malaikat melainkan mereka semua menyuruh Beliau s.a.w. dengan mengatakan:
‘Perintahkanlah umatmu untuk berbekam’.” (Shahih Sunan at-Tirmidzi, Syaikh
al-Albani (II/20), hasan gharib). Hadith Shahih
“Tidaklah aku melewati
sekelompok malaikat pada malam aku di isra`kan
kecuali mereka berkata, Wahai Muhammad, suruhlah umatmu berbekam” Riwayat Ibnu
Majah / Shajihu Al-Jami’ 5671
“Hendaklah kamu semua
melakukan pengubatan bekam di bahagian tengkuk,
kerana sesungguhnya perkara itu merupakan ubat dari 72 jenis penyakit” (Hadis
riwayat At Thabrani)
“Kesembuhan itu
terdapat pada 3 perkara, iaitu minuman madu,sayatan alat bekam
dan Kay(pembakaran) dengan api, dan sesungguhnya aku melarang umatku dari Kay”
(Hadis sahih)
“Sesungguhnya
pengubatan paling utama yang kamu gunakan adalah bekam”(Hadis sahih)
“Jika ada ubat yang
boleh mencapai penyakit, maka bekam juga boleh mencapainya” (Hadis sahih)
“Sebaik-baik hamba
adalah jurubekam, kerana ia membuang darah kotor,
melembutkan yang keras dan mencerahkan pandangan….” (Hadis Hasan Gharib)
Dari Anas bin Malik
ra, Rasulullah saw bersabda “kalian harus berbekam
dan menggunakan al- Qusthul Bahri” (HR. Bukhari, Muslim, Ahmad dan An- Nasai
dalam kitab As- Sunan Al- Kubra no. 7581) Hadits Shahih
“Bila apa yang kamu
gunakan sebagai pengubatan ada yang boleh mengenai
penyakit atau memburu penyakit, maka itu adalah bekam” (HR Ibnu Jarir)
Bekam itu sunnah para
Rasul, dari Malih bin ‘Abdullah Al – Khothmi, dari
ayahnya yang berkata, Rasulullah SAW bersabda ; “Lima hal termasuk sunnah para
Rasul yaitu, malu, pemaaf, bekam, siwak, dan memakai wewangian”. (HR. Thabrani
dan Ibnu Jarir) Hadits Shahih
Dari Ashim bin umar
bin Qatadah ra, meyatakan bahwa Jabir bin Abdullah ra
pernah menjenguk Al-muqni’ ra, dia bercerita : “aku tidak sembuh sehingga aku
berbekam, kerana sesungguhnya aku mendengar Rasulullah saw bersabda
“sesungguhnya didalamnya terkandung kesembuhan” (HR. Ahmad, Bukhari, Muslim,
Abu Ya’la, al-Hakim, al-baihaqi) Hadits Shahih
Dari Anas ra, berkata “Rasulullah
s.a.w. bersabda: ‘Jika terjadiØ panas memuncak, maka neutralkanlah dengan berbekam
sehingga tidak terjadi hipertensi pada salah seorang diantara kalian yang akan
membunuhnya’.” (di riwayatkan oleh al-Hakim dalam kitab al-Mustadrak, dari Anas
ra secara marfu’, beliau mensyahihkannya yang diakui pula oleh adz-Dzahabi
(IV/212)) Hadits Shahih
Dari Uqbah bin Amir
ra, Rasulullah saw bersabda “ada tiga hal yangØ jika pada
suatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu ada pada sayatan alat bekam atau
meminum madu atau membakar bagian yang sakit. Dan aku membenci pembakaran
(sudutan api) dan tidak juga menyukainya” (HR. Ahmad dalam musnadnya) Hadits
Shahih
B. PENGERTIAN AL-Al HIJAMAH (BEKAM)
Bekam atau hijamah adalah teknik pengobatan dengan jalan
membuang darah kotor (racun yang berbahaya) dari dalam tubuh melalui permukaan
kulit. Perkataan Al Hijamah berasal dari istilah bahasa arab : Hijama yang
berarti pelepasan darah kotor. Sedangkan dalam bahasa Inggris disebut dengan
cupping, dan dalam bahasa melayu dikenal dengan istilah Bekam. Di Indonesia
dikenal dengan istilah kop atau cantuk.
“Cupping used to : drain excess fluids and toxins, loosen
adhesions and lift connective tissue, bring blood flow to stagnant skin and
muscles and stimulate the peripheral nervous system”.
Dengan melakukan penghisapan/vakum maka terbentuklah tekanan
negatif di dalam cawan/kop sehingga terjadi drainase cairan tubuh berlebih
(darah kotor) dan toksin, menghilangkan perlengketan/adhesi jaringan ikat dan
akan mengalirkan darah “bersih” ke permukaan kulit dan jaringan otot yang
mengalami stagnasi serta merangsang sistem syaraf perifer.
Dalam beberapa literatur disebutkan bahwa bekam bekerja
dengan cara merangsang atau mengaktifkan :
• Sistem kekebalan tubuh,
• Pengeluaran Enkefalin,
• Pelepasan neurotransmitter,
• Penyempitan dan pelebaran pembuluh darah,
• “The gates for pain” pada Sistim Syaraf Pusat (CNS) yang berfungsi
mengartikan sensasi rasa nyeri.
Apabila dilakukan pembekaman pada titik bekam, maka akan
terjadi kerusakan mast cell dan lain-lain pada kulit, jaringan bawah kulit (sub
kutis), fascia dan ototnya. Akibat kerusakan ini akan dilepaskan beberapa
mediator seperti serotonin, histamine, bradikinin, slow reacting substance
(SRS), serta zat-zat lain yang belum diketahui.
Zat-zat ini menyebabkan terjadinya dilatasi kapiler dan
arteriol, serta flare reaction pada daerah yang dibekam. Dilatasi kapiler juga
dapat terjadi di tempat yang jauh dari tempat pembekaman. Ini menyebabkan
terjadinya perbaikan mikrosirkulasi pembuluh darah. Akibatnya timbul efek
relaksasi (pelemasan) otot-otot yang kaku serta akibat vasodilatasi umum akan
menurunkan tekanan darah secara stabil.
Yang terpenting adalah dilepaskannya corticotrophin releasing
factor (CRF), serta releasing factors lainnya oleh adenohipofise. CRF
selanjutnya akan menyebabkan terbentuknya ACTH, corticotrophin dan
corticosteroid. Corticosteroid ini mempunyai efek menyembuhkan peradangan serta
menstabilkan permeabilitas sel.
Penelitian lain menunjukkan bekam pada titik tertentu dapat menstimulasi
kuat syaraf permukaan kulit yang akan dilanjutkan pada cornu posterior medulla
spinalis melalui syaraf A-delta dan C, serta traktus spinothalamicus kearah
thalamus yang akan menghasilkan endorphin. Sedangkan sebagian rangsang lainnya
akan diteruskan melalui serabut aferen simpatik menuju ke motor neuron dan
menimbulkan reflek intubasi nyeri.
Berbekam merupakan metode pengobatan klasik yang telah
digunakan dalam mengobati berbagai kelainan penyakit seperti hemophilia,
hipertensi, gout, reumatik arthritis, sciatica, back pain (sakit punggung),
migraine, vertigo, anxietas (kecemasan) serta penyakit umum lainnya baik
bersifat fisik maupun mental.
C. MENGAPA HARUS BERBEKAM
Tubuh yang sehat adalah faktor penting dalam hidup seorang
individu demi melaksanakan tanggung jawab kehidupan mereka. Tetapi jika
terdapat terlalu banyak toxid dalam tubuh,ini akan menyebabkan statis darah
atau penyumbatan darah, dimana pengaliran darah tidak berjalan dengan lancar.
Keadaan ini sedikit demi sedikit akan mengganggu kesehatan baik fisik maupun
mental seseorang. Akibatnya orang tersebut akan terasa malas, murung, sering
mengeluh, kurang sehat, mudah bosan, mudah mengantuk dan selalu terasa
tertekan, dll. Jika ditambah lagi dengan angin yang susah dikeluarkan, maka akan
mengakibatkan si pesakit terganggu emosimya sehingga perlu mendapat rawatan
jiwa.
Statis darah mest dikeluarkan melalui apa cara sekalipun,
malangnya ubatan allopaty (hospital) tidak dapat bertindak sedemikian. Jadi
kita mesti mencari rawatan alternatif yang dapat bertindak mengeluarkan toxid
itu dengan secepatnya supaya badan pesakit tidak lemah dan diserang penyakit.
Salah satu rawatan yang paling berkesan adalah dengan berbekam dan disehat
kembali (di-inergikan) dengan penawar-penawar herba.
Berbekam pada hakikatnya bersebabkan;
a) Seruan dan sunnah Nabi s.a.w.
b) Mengeluarkan darah kotor dari dalam badan agar ia tidak menjadi makanan Jin
dan Syaitan
c) Tidak memberi peluang untuk makhluk halus menjadi anggota tubuh anak Adam
sebagai rumah mereka
E. Bekam Diantara Shartat dan Tusukan
Apakah berbekam dengan alat modern blood lancet (tusukan) tak
sesuai dengan sunnah?” Bagaimana penjelasan syar’inya?
Untuk menjawab pertanyaan tersebut perlu difahamkan terlebih
dahulu beberapa potong hadits yang berhubungan dengan bekam, diantaranya :
Pertama :
Diriwayatkan dari Ibnu Abbas dari Nabi Shallallahu A’laihi Wassallam bersabda :
“Terapi pengubatan itu ada tiga cara, yaitu; shartat bekam,
minum madu dan kayy (menempelkan besi panas pada daerah yang terluka),
sedangkan aku melarang umatku berobat dengan kayy.” (HR. Bukhari, no : 5680 ).
Kedua :
Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah, ia berkata, “Aku pernah mendengar
Rasulullah Shallallahu A’laihi Wassallam bersabda :
“Apabila ada kebaikan dalam pengubatan yang kalian lakukan,
maka kebaikan itu ada pada sayatan bekam, minum madu, dan sengatan api panas
(terapi dengan menempelkan besi panas di daerah yang luka) dan saya tidak
menyukai kayy.” (HR. Bukhari, no : 5704 dan Muslim, no : 2205).
Dua hadis di atas dan hadits-hadits yang lain, semuanya
menyebutkan dengan kata syarthotu (sayatan ), dan tak ditemukan kata “ tusukan
“ atau “suntikan” satupun dalam hadits-hadits di atas.
F. Makna Syarthoh
Kata Syartoh berasal dari rangkaian tiga huruf : syin, ra’
dan tho’, yang mempunyai erti tanda atau sesuatu yang terjadi pertama kali.
Surthoh dipakai untuk menyebut pengawal keselamatan, contoh polis karena
menggunakan tanda-tanda khusus (seragam ) ketika bertugas. ( Ibnu al Mandhur,
Lisan Al Arab, 7/329-331). Syarith dipakai untuk menyebut pita-pita kaset,
karena di dalamnya ada tanda-tanda tertentu sehingga boleh mengeluarkan suara
jika dihidupkan. Asyrath As Saa’ah, dipakai untuk menyebut tanda-tanda hari
kiamat atau boleh diertikan kejadian-kejadian yang mengawal datangnya hari
kiamat.
Dari keterangan di atas, maka kita katakan bahwa Syarthotu
Hijamah dalam hadits di atas boleh diertikan sayatan bekam, karena sayatan
merupakan tanda dari adanya praktik bekam pada tempat sayatan tadi, atau
dikatakan bahwa sayatan tadi merupakan awal kerja sebelum dimulai proses
berbekam.
Al Mula Ali Al Qari’ di dalam buku Mirqah al Mafatih ( 13/258
) menyebutkan bahwa Asy Syartah adalah memukul tempat yang dibekam agar keluar
darinya darah, maksudnya di sini adalah asy-syaq (membelah/menyayat).
G. Mihjam (alat) atau Mahjam (tempat)?
Bekam dalam bahasa Arabnya adalah al Hijamah yang berasal
dari kata Al Hajmu artinya menyedot. Dikatakan : Hajama ash-Shobiyu tsadya
ummihi, artinya bayi itu menyedot susu ibunya.
Tetapi para ulama berbeda pendapat di dalam mengeja bunyi
hadits di atas, apakah dibaca Mihjam (dengan kasrah ) yang berarti alat bekam
atau Mahjam ( dengan fathah ) yang berarti tempat yang dibekam.
Berkata Al Hafidz Al Munawi : Maksud dari kata “Syarthotu
Mahjam“ adalah mengeluarkan darah dengan bekam. Adapun “asy syartah “ adalah
menyayat tempat yang dibekam untuk mengeluarkan darah. Adapun kata “Mahjam“
(dengan fathah) adalah tempat yang dibekam. Disebut secara khusus “ bekam “,
karena kebanyakan pengubatan yang disertai pengeluaran darah dari tubuh,
rata-rata menggunakan metode bekam. (Al Munawi, At Taisir bi syarh al Jami’ ash
shoghir, Riyadh, Maktabah Imam Syafi’I, 1988 : 1/ 756 ) Di dalam buku Faidhul
Qadir ( 3/41 ), beliau menyebutkan bahwa al Mihjam ( dengan kasrah ) adalah
botol yang dipakai oleh orang yang membekam yang di dalamnya akan terkumpul
darah. Adapun al Mahjam (dengan fathah) adalah tempat sakit yang ingin dibekam,
dan inilah yang dimaksud dalam hadits di atas.
Sedangkan Al Hafidz Ibnu Hajar Al Atsqalani di dalam Fathu al
Bari ( 10/141 ) mengatakan bahwa yang benar adalah “ Mihjam“ dengan
mengkasrahkan huruf mim, yang berarti alat. Hal ini dikuatkan oleh Imam Suyuti
di dalam buku ad-Dibaj ‘ala Muslim ( 5/220 ) yang menyebutkan bahwa Syarthotu
Mihjam adalah besi yang dipakai untuk menyayat bagian yang dibekam agar darah
bisa keluar. Hal sama juga disebutkan oleh Imam Nawawi dalam bukunya al Minhaj
Syarh Shahih Muslim, Dar Ihya At Turats : 14 /197
Kesimpulannya bahwa Mihjam adalah alat untuk membekam,
sebagian ulama mengatakan bahwa maksudnya adalah botol tempat untuk menyedot
dan menampung darah, tapi ada juga yang mengatakan bahwa maksudnya adalah pisau
untuk menyayat tempat yang dibekam.
H. Kenapa menggunakan sayatan ?
Sayatan di dalam bekam dimaksudkan agar darah yang kotor
(blood letting) dapat dikeluarkan. Rasulullah Shallallahu A’laihi Wassallam
dalam sabdaNya menyebut perkataan sayatan, dan itu merupakan cara berbekam yang
paling populer dikalangan masyarakat dan ternyata juga adalah cara yang paling
baik dan ideal secara umum.
Cara sayatan dalam berbekam mempunyai beberapa keunggulan
dibanding cara cara lain, diantaranya
1) Lebih sesuai dengan sunnah Rasulullah Shallallahu A’laihi
Wassallam, karena beliau mengajarinya sedemikian.
2) Luka sayatan menimbulkan luka yang pinggirnya tajam tapi merata, di samping
itu luka di dalamnya lebih sempit atau kecil dibanding dengan luka di
permukaan. Luka jenis ini lebih mudah sembuh dan kembali normal.
3) Luka sayatan hanya mengenai pembuluh darah kecil, sehingga darah yang keluar
adalah darah kapiler. Oleh karenanya dianjurkan untuk menyayat ringan saja
dengan kedalaman kira-kira 0,1 mm, yaitu sayatan yang tidak mencapai pembuluh
darah arteri maupun vena.
Jika berbekam dengan menggunakan cara tusukan benda tajam,
kadang akan menimbulkan beberapa efek, diantaranya :
1) Jika menggunakan jarum rendah mutunya (mudah
bengkok/patah) lebih rentan ketika digunakan untuk menusuk daerah yang mau
dibekam, jika jarum terlalu kecil dan patah, tentunya sulit untuk diambil.
2) Luka tusukan pada kulit menyebabkan lubang pada permukaan kulit, lubang
tersebut lebih kecil ukurannya dibanding dengan lubang yang di dalam kulit.
3) Luka tusuk juga menyebabkan luka yang lebih dalam pada organ-organ atau pada
pembuluh darah. (buku Sembuh Dengan Satu Titik, hlm : 112 )
I. Bolehkah Menggunakan Selain Sayatan ?
Sebagaimana disebut di atas, bahwa hadits Rasulullah
Shallallahu A’laihi Wassallam di atas menunjukan berbekam dengan menggunakan
cara yang paling baik dan ideal secara umum.
Tetapi cara ini bukanlah satu-satunya yang boleh digunakan. Karena pernyataan
Rasulullah Shallallahu A’laihi Wassallam tersebut bersifat anjuran, bukan
kewajiban, atau kita katakan bahwa cara sayatan di dalam berbekam adalah cara
yang popular pada masyarakat ketika itu, sementara ia masih membuka peluang
bagi cara cara lain.
Maka tidaklah menjadi kesalahan bagi para pembekam untuk
menggunakan teknik lain yang sesuai dengan keadaan masa dan pesakit itu
sendiri, kerana tak semua pesakit yang dapat menerima bekam secara sayatan,
bahkan ada bagian-bagian tertentu yang memang tidak memungkinkan untuk disayat,
dan justru itu harus menggunakan lanset atau ditusuk. Ada juga pesakit yang
merasa ketakutan dan trauma dengan alat-alat sayat seperti pisau bedah dan
sejenisnya, sehingga mau tak mau cara lanset yang dipilih.
Ada pada keadaan tertentu, cara berbekam dengan sayatan tak
dicadangkan, umpamanya pada pesakit penderita dehidrasi, atau kekurangan
cairan. (Syihab Badri, Bekam Sunnah Nabi, hlm : 77 ) Cara bekam tanpa sayatan
ini juga boleh dilakukan untuk menghilangkan rasa ngeri, melenturkan otot-otot
pada punggung dan badan bahagian belakang, serta bagus juga untuk membuang
angin.
Kesimpulannya, bahwa bekam dengan cara sayatan memang
disunnahkan dan banyak memberikan manfaat yang positif, tapi ada juga bekam
dengan cara lain yang bermanfaat bagi penyakit tertentu. Semuanya insya Allah
dibolehkan dan dianjurkan selama tujuannya adalah meringankan beban pesakit
J. WAKTU DAN TARIKH YANG DISUNNAHKAN BERBEKAM DARAH
1. 13,15,17,19 atau 21hb kalendar islam pada setiap bulan
kerana pada masa itu darah kotor berkumpul maksimum dalam badan.
2. Berbekam sebulan sekali kerana para sahabat nabi melakukan
sedemikian.
3. Berbekam pada sebelah pagi dan jangan mengambil sebarang
makanan dahulu.
Diriwayatkan dari sahabat Abu Hurairah ra. Nabi saw, bersabda,”Barang siapa
yang berbekam pada tanggal 17, 19, 21 bulan Hijriyah itu ia adalah hari-hari
yang menyembuhkan segala macam penyakit.”
Ibnu Sina dalam
kitabnya “Al-Qununfii Thibb” menerangkan waktu yangv paling baik
untuk berbekam yaitu pada waktu tengah hari antara jam dua sampai jam tiga
petang karena waktu itu saluran darah sedang mengembang dan darah yang
mengandung toxik (racun) sangat sesuai untuk dikeluarkan.
K. MANFAAT BEKAM
Allah SWT berfirman dalam 5urat Asy-Syura ayat 80, “Dan jika
aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan.” Rasulullah saw. bersabda dalam
sebuah hadits yang diriwayatkan Imam Muslim, “Setiap penyakit ada ubatnya,
apabila tepat ubatnya maka sembuh penyakitnya atas izin Allah ‘AzzawaJalla.”
Bekam memiliki fadhilah tersendiri yang tidak dimiliki oleh
pengubatan modern. Pada masa ini di antara keutamaannya adalah sebagaimana
disebutkan dalam beberapa hadits :
1. Rasulullah saw. bersabda, “Sebaik-baik pengubatan yang
kamu lakukan adalah Al-hijamah.” (HR. Ahmad)
2. Rasulullah saw. bersabda, “Pengubatan yang paling sesuai
yang dilakukan manusia adalah Al-hijamah.” (HR. Muslim)
3. Rasulullah saw. menyebutkan tiga pokok penyembuhan,
“Kesembuhan boleh diperolehi dengan tiga cara yaitu sayatan pisau atau jarum
bekam, tegukan madu dan sundutan api, namun aku tidak menyukai berubat dengan
sundutan api.” HR. Bukhari – Muslim.
4. Dari Ibnu Abbas ra, Nabi saw. bersabda, “Orang yang paling
baik adalah seorang tukang bekam (Al hijamah) karena ia mengeluarkan darah
kotor, meringankan otot yang kaku dan mempertajam pandangan mata terhadap orang
yang dibekamnya.” HR.Tirmidzi.
5. Dari Ka`ab bin malik bahawa ada seorang perempuan yahudi
menghadiahkan seekor kambing bakar kepada Nabi SAW di Khaibar. Baginda pun
bertanya “apakah ini ?” Wanita itu menjawab “hadiah”. Wanita itu berhati-hati
jangan sampai menyatakannya sedekah, sehingga baginda tidak mahu memakannya
sama sekali. Tidak lama kemudian, Nabi SAW makan dan para sahabat pun makan.
Tiba-tiba baginda bersabda “hentikan”, kemudian baginda bertanya kepada wanita
itu, “Apakah kamu telah meracuni kambing ini? Wanita itu menjawab “ya” Baginda
bertanya lagi “mengapa?” wanita itu menjawab “aku ingin sekiranya kamu
pendusta, orang-orang akan segera boleh berehat dari kedustaan kamu, tetapi
jika kamu seorang Nabi, maka itu tidak akan berbahaya bagi kamu. Maka Nabi
s.a.w. pun berbekam pada kawasan tengkuk dengan 3 bekaman serta memerintahkan
para sahabat supaya berbekam. Maka mereka pun berbekam…
6. Ibnul Qoyyim berkata “ketika Nabi SAW berbekam, baginda
berbekam ditengkuk yang merupakan tempat terdekat dengan jantung yang boleh
dibekam”
7. Demikianlah antara bukti betapa besarnya kepentingan
rawatan bekam terhadap kesihatan tubuh badan, sehinggakan Rasulullah melakukan
rawatan bekam untuk mengelak dari keracunan dan turut memerintahkan para
sahabat untuk berbekam agar terselamat dari racun yang diserapkan dalam daging
kambing tadi.
8. Langkah paling utama untuk menangani orang yang sedang
keracunan adalah dengan berbekam, berbeza dari tindakan yang diambil para
doktor sekarang yang hanya melakukan pencucian perut, tetapi tidak memakai
kaedah bekam.
Antara rawatan yang berkesan bagi mereka yang mengalami
gangguan sihir dan saka, adalah dengan berbekam mengikut kaeda-kaedahnya. Sihir
dan saka yang berasal dari gangguan jin, akan mengalir dalam salur urat darah
sehinggalah menuju ke kepala, dan akan menghasilkan pelbagai halusinasi dan gambaran-gambaran
yang menakutkan dan mengganggu pesakit. Maka, dengan berbekam dikawasan kepala
(ubun-ubun & tengkuk) akan dapat merawat masalah tersebut.
Rawatan tubuh dengan cara berbekam memberi banyak kebaikan
kepada manusia di antaranya ialah menjaga kesehatan tubuh, menghilangkan letih,
lesu, meningkatkan daya tahan tubuh, membuang angin dalam badan, membuang darah
yang mengandung sisa toxid (racun), sakit bahu, alergi, perut kembung, sesemut,
asam urat, kolesterol, masalah Jantung, migrain, ketegangan (hipertensi),
strok, sakit pmggang, ginjal, dll.
L. LANGKAH-LANGKAH DALAM BERBEKAM
1. Persiapan Sebelum Berbekam
i. Alatan Berbekam
ii. Sediakan sarung tangan (getah)
iii. Kertas tissu lembut atau Kapas (mudah menyerap bahan basahan)
iv. Air dettol swam panas (sebesen kecil)
v. Kain tuala kecil (untuk membersehkan bahagian bekam)
vi. Sebesen air klorok (untuk merendam cawan selepas berbekam)
vii. Penutup mulut (mouth mask),
viii. Beg plastis atau bakul sampah (untuk membuang barang barang kotor dari bekam)
ix. Bantal (untuk pesakit menggunakan semasa berbekam)
x. tikar getah (untuk pesakit berbaring semasa berbekam)
xi. Ruangan berbekam bersih, terang dan cukup pengaliran udara yang bersih.
xii. Bahan-bahan bekam : minyak But-But atau zaitun, kapas. Alkohol @ sprit,
alat cukur, septic.
xiii. Jarum dan kop bekam hanya sekali pakai untuk satu pesakit.
2. Tukang Bekam
a) Sebelum memulakan bekam angin atau bekam darah, pesakit
terlebih dahulu di kenal pasti akan latar belakang kesihatannya, sama ada dia
mengalami tekanan darah tinggi, penyakit kencing manis, pesakit mengalami
masalah mental, disihir, disantau atau apa apa yang perlu diberitahu.
b) Juru bekam dalam keadaan sihat wal afiat, dalam suci sebelum bekam berdo’a
lebih dahulu bersama-sama.
c) Juru bekam harus seorang yang beriman dan taqwa kepada Allah s.w.t.
d) Juru bekam seharunya dalam keadaan bersabar dan tenang
e) Juru bekam harus sudah sering dibekam dan membekam.
f) Sebelum pesakit dibekam, terlebih dahulu sendi-sendi tubuhnya dikendorkan
(diurut) dahulu dengan urutan ringan agar badan dan uratnya lembut dan dapat
dilihat sebelum dibekam
g) Jangan makan atau minum semasa melakukan bekan darah
3. Untuk Pesakit
a) Mempenjelasan kepada pesakit mengenai bekam adalah sunnah
nabi
b) Pesakit mesti tenang dan tidak ragu-ragu
c) Berada dalam wudhu dan ber do’ a bersama.
d) Pesakit mesti sehat untuk melakukan berbekam
e) Pesakit tidak mengalami penyakit tekanan darah rendah.
f) Pesakit yang belum pernah dibekam berikan bekam dasar terlebeh dahulu.
g) Melakukan bekam secara baring / meniarap
h) Urut badan pesakit dengan minyak zaitun secara melawan graviti (keatas)
sehingga urat tegang menjadi kenduh dan lembut
i) Bermula dengan bekam angin dahulu agar darah disekitar dapat berkumpul dan
mudah bagi bekam basah.
j) Tentukan titik bekam penyakitnya dan pasang kopnya.
k) Pasang kop bekam 10minit secara kering, sebelum memulakan kerja pembekaman
l) Menggunakan jarum atau pisau bekam secukupnya (se-elok eloknya menggunakan
jarum,kerana menggunakan pisau akan mencederakan urat urat halus dalam badan)
bagi membuat tusukan pada bahagian yang hendak dibekamkan
m) Meyusun Kop mesti mengikut tertib agar yang dahulu dipasang dibuka dahulu.
n) Setelah dikop selama 10minit, kop bekam dibuka mengikut turutan susunan
dibersihkan darahnya dengan kapas atau kertas tisu.
o) Tanyakan pada pesakit sama ada mereka mampu untuk teruskan berbekam.
p) Selesai bekam berikan terapi ringan terutama pada bekas kop bekam (melakukan
urut keseluruh badan agar darah dapat kembali mengalir dan salur salur urat
tidak tersumbat).
M. Jenis Dan Teknik Bekam
1. Ada Dua Jenis Bekam
i. Bekam Basah / Berkam Darah (Damawiyah),
cara ini adalah yang dilakukan Rasulullah saw. maka disebut
sunnah Nabi saw. Cara ini permukaan kulit dicup kosong terlebih dahulu selama
10 minit Baru cup dilepas, lalu kulit ditusuk dengan jarum atau pisau bedah,
caranya dengan menyayat titik tertentu dalam tubuh sepanjang 0,5 cm dengan
kedalaman 0,4 mm. Sayatan tidak boleh lebih dari 0,4 mm, jika lebih dari itu
yang keluar bukan darah kotor tetapi darah segar. Sebab sayatan mengenai
pembuluh darah arteri, jadi bedah minor ini dengan sangat hati. Jika
denganjarum tempat yang dicop tadi ditusuk dengan jarum secukupnya dan dicup
kembali untuk mengeluarkan darah yang kotor dari badan, jika perlu penyedutan
darah kotor ini hingga maksimal sampai tiga kali.
a) Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf
tulang belakang.
b) Memperbaiki aliran pembuluh darah.
c) Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.
d) Bermanfaat ketika mengalami pening,luka dalaman di bahagian kepala dan
wajah,migrain dan sakit gigi.
e) Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita.
f) Ketika terkena sengal,sciatica dan tulang.
g) Ketika mengalami sakit bahu,dada dan punggung.
h) Bermanfaat mengatasi kemalasan,kelesuan dan banyak tidur.
i) Bermanfaat mengatasi luka-luka,bisul,jerawat dan gatal-gatal kulit.
j) Bermanfaat mengatasi pericarditis dan (radang selaput jantung) dan nephritis
(radang ginjal) yang parah.
k) Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.
ii. Bekam Kering / Bekam Angin (Jaffah),
yaitu bekam angin. Bekam kering ini tidak pernah dilakukan
oleh Rasulullah saw. oleh karena itu cara ini bukan sunnah Nabi saw, tetapi
jenis ini adalah pengembangan semasa, berdasarkan ijtihad para muhtajim. Adapun
cara bekam kering adalah organ yang dituju dilumasi minyak Zaitun / But-But,
langsung dikop 10 menit dimana kopnya dipasangkan magnetnya. Hal ini dilakukan
2 hingga 3 kali. Bekam kering inijuga bermanfaat yaitu membuang angin dan
meredakan sakit secara emergensi tanpa melukai kulit, untuk itu diperlukan
minyak Zaitun / But-But untuk melicinkan cup gelas agar kulit tidak sakit,
disamping juga untuk menyembuhkan luka dari pori-pori kulit yang terbuka.
a) Meringankan rasa sakit dan mengurangi pengumpulan darah
beku.
b) Bermanfaat untuk penyakit paru-paru yang kronik.
c) Mengubati nephritis.
d) Mengatasi radang selaput jantung,radang urat saraf pada bahagian punggung
bawah dan radang pada bahagian celah-celang tulang dada.
e) Untuk menahan derasnya darah haid dan hidung berdarah.
f) Bekam angin juga berfungsi seperti pemindahan darah dari pembuluh darah
pesakit dan menyuntikkan nya ke otot paha, khususnya bagi anak-anak atau siapa
saja yang urat nadi mereka susah ditemui disebabkan terlalu tua.
2. Teknik Berbekam
a) Dari sunnah nabi s.a.w.
i. Mengikut sunnah nabi s.a.w. berbekam, tempat atau anggota
yang diberkam terbahagi kepada 10 kawasan (bahagian) sahaja ia itu;
a) Kepala
b) Tengkok
c) Bahu
d) Badan
e) Pinggang
f) Kening / dahi
g) Dada
h) Jantung
i) Perut
j) Kelenjar
ii. Jangan dimulai berkam dari kepala
iii. Semasa melakukan berkam dinasihatkan supaya tiada sesiapa memakan atau
minum, ditakuti Jin atau makhluk halus memasuki tubuh badan melalui makanan.
iv. Berdoa sebelum memulakan bekam dan beristigfar semasa melakukan bekam
b) Dari penggaruh Cina (Acupuncture)
i. Berbekam berdasarkan pada titik jalur maridian
ii. Teknik statis dimana titik yang dituju langsung disedut.
iii. Teknik luncur, dimana sebelum mendapatkan titik yang dituju, tubuh
dioleskan minyak But-But kemudian gelas bekam dipasang dan disedotkan dan cup
gelas diluncurkan beberapa saat. Teknik ini untuk membuang angin.
iv. Teknik tarik. Teknik ini biasanya digunakan di daerah dahi dengan cara
dioleskan minyak But-But lalu gelas bekam disedotkan dan ditarik hingga
berkali- kali.
v. Teknik limpatik, yaitu sebelum mendapat titik limpatik yang ingin dituju,
tubuh diraba dengan minyak But-But bila ada yang menonjol seperti gumpalan
seperti pasir, beras, kacang hijau, hisab dengan gelas bekam lalu dikeluarkan
darah. Fungsi teknik ini adalah untuk mengaktifkan kembali leukosit dalam
menjalankan tugasnya yaitu membasmi kuman, bakteria, virus yang melemahkan
ketahanan badan (imun).
3.BEBERAPA HAL YANG PERLU DIPERHATIKAN DALAM BERBEKAM
Teknik ini bukan dari sunnah Nabi s.a.w, tapi mungkin dari
sumber lain
1. Setelah pesakit dibekam tidak boleh mandi lebih kurang tiga jam.
2. Setelah dibekam pesakit tidak boleh melakukan hubungan suami isteri selama
dua kali dua puluh empatj am atau dua hari, agar badan benar-benar baik dan
sehat.
3. Setelah dibekam sebaiknya pesakit tidak tidur selama tiga jam.
N. ANGGOTA BADAN YANG DILARANG BERBEKAM DARAH
(i)
1. Ubun-ubun (kemungkinan untuk sesarangan lumpuh, cacat anggota)
2. Mulut
3. Telinga
4. Hidung
5. Mata
6. Kemaluan
7. Dubur
8. Puting susu
9. Daerah nodus limpa.
10. Tempat yang varises
11. Tulang ekor
(ii) ORANG YANG DILARANG BERBEKAM DARAH
1) Orang tua yang terlalu uzur.
2) Kulit yang luka atau infeksi (Pesakit kulit yang serius.)
3) Sehabis makan berat (kenyang sekali)
4) Wanita hamil 3 bulan pertama.
5) Wanita yang baru lepas bersalin
6) Orang yang sangat lapar
7) Orang yang gemetaran
8) Lemah hati
9) Radang usus
10) Orang sedang minum ubat kanser darah.
11) Ibu yang sering keguguran
12) Orang yang cuci darah
13) Orang yang mengalami kelainan kelep jantung
14) Orang yang kedinginan
15) Orang yang kerasukan
16) Orang sesudah derma darah
17) Orang yang habis muntah.
18) Pesakit darah rendah yang serius.
O. HERBA
Pada awalnya istilah herba ubatan dikaitkan dengan tumbuhan
yang tidak berkayu, tetapi kini perkataan herba ubatan telah merujuk pada
tumbuh-tumbuhan yang mengandungi satu atau lebih bahan aktif yang dapat
digunakan untuk tujuan pengubatan. Sebenarnya ilmu perubatan herba telah
berkembang sejak sejarah manusia bermula pengalaman yang berlaku berabad-abad
lamanya, akhirnya diperturunkan dari satu generasi ke generasi berikutnya.
Masyarakat dahulu menentukan ubat melalui pemerhatian makroskopik seperti melihat
pohon bayam merah dikaitkan dengan penambahan darah dan lainnya. Setelah
perkembangan sains herba-herba ini telah diuji satu persatu dan terbukti
kebenarannya.
Konsep pengubatan herba mengentengahkan dua sumber yaitu
ilahiyah dan alamiyah. Hal ini didasarkan sabda Rasulullah saw, “Makanlah dua
penyembuh yaitu madu dan Al- Qur’an.” HR. Ibnu Majah dan Al-Hakim. Ahli herba
memandang bahwa madu sebagai sumber alamiah sedangkan Al-Qur’an sebagai sumber
Ilahiah.
Ahli herba memandang bahwa madu sebagai sumber alamiah,
sedangkan Al-Qur’an sebagai sumber Ilahiah. Ilahiah bermakna bahwa segala
penyakit yang berlaku berasal dari Allah s.w.t. dan Allah SWT pula yang
sebenamya akan menyembuhkan penyakit tersebut. Dengan demikian
sumber Ilahiah memberikan keyakinan bahwa hakikat penyembuhan
itu adalah dari Allah s.w.t. , yang bersifat Asy-Syafi’ yaitu Maha Penyembuh.
Alamiah ialah menggunakan sumber alam yang ada di atas bumi ini seperti tumbuh-
tumbuhan, batu-batuan dan hewan. Sumber alamiah menggunakan herba-herba yang
teratur. Sejarah mencatat herba telah digunakan sebagai sumber pengobatan sejak
berabad-abad ang lampau.
Dengan demikian konsep pengubatan herba sesuai dengan
prinsip-prinsip pengubatan dalam Islam, yaitu:
a) Prinsip keyakinan, yaitu bahwa yang menyembuhkan adalah
Allah SWT.
b) Mengguna ubat yang halal lagi bersih.
c) Prinsip pengubatan yang tidak membawa kemudhartan atau bahaya
d) Prinsip pengubatan tidak berbau tahayul, khurafat dan bid’ ah.
e) Prinsip mencari yang lebih baik berdasarkan kaedah Islam.
O. DIAGNOSIS BEKAM-Analisa kulit wajah
Apabila seseorang itu jatuh sakit,warna kulit wajah akan
berubah yang terdiri daripada 5 warna:
-Biru (hati)-Angin :
Sejuk, pedih,kekejangan kuat dan darah tersumbat.v
-Merah (jantung)-Panas : Kandungan
berlebihan dalam kapilari kulit.
-Kuning (limpa)-Lembap : Kurang darah
dan imun.
-Putih (paru -paru) : Gangguan aliran
darah dalam tubuh.
-Hitam (ginjal) sejuk/pedih : Kurang
tenaga dan darah tersumbat.
P. DIAGNOSIS BEKAM-Mendengar suara pesakit.
a) -Suara keras dan kuat -Keadaan panas.
b) -Suara lemah dan pecah -Keadaan sejuk, kurang kekuatan dan imun tubuh.
c) -Serak dan kehilangan suara -Faktor panas dan sejuk dari luar.
d) -Batuk dalam dan lendir jernih -Angin sejuk menyerang paru-paru.
e) -Batuk mendadak dan lendir pekat -Panas dalaman di paru-paru.
f) -Batuk berkahak -Penghasilan lendir berlebihan.
Q. Diagnosis Penyakit Pada Bekam
a) Diagnosis Penyakit Pada Bekam
Diagnosa bekam/cupping dapat dilihat dari warna pigmen kulit
setelah pembekaman. Di dalam buku “Canon of Internal Medicine” dikatakan,
“Kondisi organ dalam dapat diketahui dengan cara mengamati gejala-gejala luaran
dan tanda-tanda fisik, sehingga penyakitnya dapat di rawati (diagnos).”
Reaksi pigmen pada kulit bekas bekam adalah sebagai berikut :
1. Bekas bekam yang muncul berwarna ungu kegelapan atau
hitam, pada umumnya hal ini menyatakan kondisi kekurangan (defisiensi) bekalan
(suplai) darah dan pembuluh (channel/saluran) darah yang tidak lancar yang
disertai dengan keberadaan darah statis (darah beku).
2. Bekas bekam yang muncul berwarna ungu disertai seperti sisik (plaque), pada
umumnya hal ini menandakan terjadinya gangguan/ kelainan gumpalan darah yang
berwarna keunguan dan adanya darah statis (darah beku).
3. Bekas bekam yang muncul berbentuk bintik-bintik ungu yang tersebar dengan
tingkatan warna yang berbeda (ada yang tua dan ada yang ungu muda). Hal ini
menandakan kelainan “Qi” dan darah statis.
4. Bekas bekam yang muncul berwarna merah cerah, biasanya hal ini menunjukkan
terjadinya defisiensi “Yin”, defisiensi “Qi” dan darah atau rasa sangat panas
disebabkan dari kekurangan “Yin”.
5. Bekas bekam yang muncul berwarna merah gelap, hal ini menandakan keadaan
didalam darah yang tinggi disertai dengan adanya panas patogen.
6. Bekas bekam yang muncul berwarna agak pucat/putih dan tidak hangat ketika
disentuh, hal ini menunjukkan terjadinya defisiensi cold (dingin) dan adanya
gas patogen.
7. Adanya garis-garis pecah/ruam pada permukaan bekas bekam dan rasa sedikit
gatal, hal ini menunjukkan keadaan adanya wind (lembab) patogen dan gangguan
gas patogen.
8. Munculnya wap air pada dinding bagian dalam gelas bekam, menandakan keadaan
adanya gas-gas patogen pada daerah tersebut.
9. Adanya blister (lepuhan/lecat) pada bekas bekam, menggambarkan kondisi gangguan
gas yang parah pada tubuh. Adanya darah tipis pada blister merupakan reaksi gas
panas toksin.
R. PENDAPAT DOKTOR PERUBATAN
Mengikut Dr.Tauhid Nur Azhar, pensyarah dari Falkulti
Kedoktoran UNISBA Indonisia dalam makalah yang ditulisnya berjudul : “Tinjauan
Biomolekuler dan Immunologi Bekam” mengulas dengan luas lagi terperinci
cara kerja sistem kekebalan tubuh manusia, bagaimana sistem yang menjaga
kesehatan tubuh manusia secara cerdas dan ajaib ini boleh terganggu, dan
bagaimana bekam mampu mengembalikan semula kekuatan sistem kekebalan tubuh
badan.
Dr. Wadda’ A.Umar dalam buku karangan beliau yang berjodol “Sembuh
dengan Satu Titik”, berkata tentang “Bukti-bukti Keajaiban Bekam”
menguraikan tentang penyelidikan beliau yang membuktikan keberkesanan terapi
berbekam untuk mengatasi berbagai penyakit berat seperti: hemofilia,
kemandulan, leukemia, artritis, hodgkin desease, sindroma bahchet, dan
sebagainya. Beliau juga mengemukakan hasil penyelidikan makmal dilakukan oleh
sekumpulan doktor pakar dan farmasi yang kredibel di bawah lembaga yang
berkompeten dalam bidang kesehatan di berbagai negara, utamanya Eropa, Cina,
dan Timur Tengah.
S. SOALAN LAZIM BERKAITAN BEKAM
a. Adakah kaedah bekam darah menyakitkan ?
Tidak,ini kerana kaedah bekam darah sekarang ini menggunakan
sejenis alat canggih yang dipanggil PEN BEKAM. Tusukan yang dilakukan pada
kulit oleh pen ini tersangat-sangat laju sehingga membuatkan anda tidak sedar
yang tusukan sedang berlaku pada kulit anda.Kaedah tusukan ini mirip kaedah
blood test atau ujian kencing manis.
b. Adakah selamat melakukan kaedah bekam darah?
Ya selamat,ini kerana kami menggunakan lancet (jarum) pakai
buang,iaitu setiap pelanggan hanya diperuntukkan sebilah lancet sahaja.
c. Apakah waktu yang mustajab yang mampu memberikan
kesembuhan maksimum untuk rawatan bekam darah ?
Waktu mustajab ialah sebelah pagi dimana kita belum mengambil
apa-apa makanan dan tariknya ialah tanggal 13,15,17,19 dan 21hb kalendar islam.
d. Individu manakah yang dilarang keras berbekam darah ?
Individu yang dilarang ialah wanita mengandung,wanita
haid,wanita yang kerap gugur,individu yang terlalu lemah,orang tua
uzur,pengidap kanser darah,pengidap tekanan darah rendah serius,pengidap
penyakit kulit serius dan juga wanita hamil 3 bulan pertama.
e. Kaedah bekam manakah yang memberikan kesembuhan
maksimum ?
Kaedah bekam darah adalah kaedah yang memberikan kesembuhan
maksimum pada pesakit amnya.
f. Kaedah bekam mana pula yang mendapat pahala sunnah bila
melakukannya?
Kaedah bekam darah…
g. Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah
?
- Bagi yang baru mengenal bekam dan orang yang kurang sihat,
dicadangkan melakukan bekam sekurang kurangnya 1 minggu sekali.
- Bagi mereka yang sihat dan tiada masalah tapi maseh baru pada bekam bolehlan
melakukan bebam,anda dianjurkan berbekam sebulan sekali
- Bagi mereka yang sihat tubuh badan disarankan bagi mereka melakukan bekam 4
bulan sekali.
T. KEAJAIBAN BERBEKAM
Darah bekam adalah darah yang dikeluarkan oleh juru bekam
dari tubuh. Ada beberapa ciri darah bekam menakjubkan:
a) Ter – oksidasinya darah tanpa udara (anaerob).
b) Terpisahnya plasma dari darah.
c) Keluarnya plasma saja dari tempat yang dibekam.
d) Jika kita memasang dua gelas untuk meyedut darah, maka darah hanya mengalir
keluar kepada satu gelas sahaja, sedangkan kedua dua gelas itu bersebelahan.
e) Perbandingan hasil pemeriksaan makmal diantara Darah yang berada dalam
Pembuluh Darah dengan Darah yang Keluar Karena Bekam, Para dokter dikejutkan
oleh kenyataan ilmuwan Damaskus, Muhammad Amîn Syaikhu dalam artikel ilmiahnya
yang luar biasa tentang bekam dan rahasia umum tentang mekanisme kesembuhan
yang diperoleh dari praktik berbekam.Bekam membersihkannya tubuh dari darah
rusak yang menghambat perjalan fungsi-fungsi dan tugas-tugas tubuh secara
sempurna, sehingga tubuh menjadi mangsa empuk bagi berbagai penyakit.
f) Untuk mengungkap makna kalimat ini “membersihkan tubuh dari darah rusak”,
satu kempulan penyelidik makmal telah meneliti darah yang keluar dari
titik-titik bekam (yaitu dari tengkuk) secara makmal dan membandingkannya
dengan darah pembuluh biasa. Daripada sejumlah besar orang yang telah dibekam
berdasarkan prinsip-prinsip bekam yang sebenar, darah tersebut dilihat dari
hasil penelitian makmal sebagai berikut :
i. Bahwa darah bekam mengandung seper-sepuluh kadar sel darah
putih (lekosit) yang ada di dalam darah biasa. Itu terlihat dalam seluruh kes
yang diteliti, tanpa ada pengecualian. Fakta ini sungguh menghairankan para
penkaji, bagaimana darah bisa keluar tanpa disertai keluarnya sel-sel darah
putih? Fakta ini menunjukkan bahwa terapi bekam tetap melindungi dan sekaligus
menguatkan unsur-unsur sistem kekebalan.
ii. Berkenaan Eritrosit (sel darah merah), semua sel darah
merah memiliki bentuk yang aneh, artinya sel-sel tersebut tidak mampu melakukan
aktiviti, di samping juga menghambat sel-sel lain yang masih muda dan aktif.
Ini menunjukkan bahwa proses bekam membuang sel-sel darah merah yang rusak dan
darah yang tidak diperlukan lagi, seraya tetap mempertahankan sel-sel darah
putih di dalam tubuh. Sedangkan fashd menyebabkan hilangnya komposisi darah
yang bermanfaat bersama sel-sel darah merah yang hendak dibersihkan.
iii. Kapasiti ikatan zat besi dalam darah bekam lebeh tinggi
(550-1.100), satu hal yang menunjukkan bahwa bekam mempertahankan zat besi yang
ada di dalam tubuh tidak ikut keluar bersama darah yang dikeluarkan dengan
bekam sebagaimana penggunaan zat besi tersebut dalam pembentukan sel-sel muda
yang baru.
iv. Kandungan sel darah merah maupun sel darah putih dalam
darah bekam tinggi sekali. Ini menunjukkan bahwa proses bekam berhasil
mengeluarkan semua kotoran, sisa, dan endapan darah sehingga mendorong kembali
aktifnya seluruh sistem dan organ tubuh.