Pontianak

Hantu Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan  yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat  menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak  mengganggu manusia.
Ejaan  awalnya adalah pontianak, sebelum ditukarkan sebagai puntianak.  Puntianak juga merupakan  salah satu jenis hantu yang disenaraikan oleh  Abdullah Kadir dalam  bukunya, Hikayat Abdullah.Puntianak ini dikatakan mempunyai lubang dibelakang tengkuknya. Sesiapa yang berjaya hidup ketika berjumpa puntianak dalam jelmaan wanita dan memasukkan paku ke dalam lubang ini dikatakan menjadikan puntianak tersebut kekal menjadi wanita cantik.
Sekiranya paku itu dikeluarkan, ia akan kembali sebagai puntianak. Bagaimanapun, anda dinasihatkan agar tidak cuba memaku mana-mana wanita yang dijumpai kerana akhirnya anda mungkin akan dituduh membunuh.
Hantu puntianak dikatakan sering menjelma sebagai wanita cantik yang berjalan seorang diri dijalan yang sunyi. Oleh itu, cerita ini kemungkinan bertujuan menghindari golongan wanita daripada diganggu oleh pemuda-pemuda yang takutkan puntianak ketika berjalan seorang diri di jalan yang sunyi.
 
 
No comments:
Post a Comment