Pengertian sihir
Sihir       tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah s.w.t. Wujudnya  ia di dunia      ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak  diredhaiNya. Allah s.w.t.      melarang manusia melakukannya. Definasi  ringkas ialah, “Suatu perbuatan yang      dilakukan dengan syarat-syarat  yang tertentu, dibawah keadaan dan      persiapan-persiapan yang aneh  dengan cara-cara yang misterius.” Terdapat      perbezaan yang tipis  antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu      hakikat (  realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat       inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir’aun.
Punca wujudnya ilmu sihir
Sihir  telah wujud pada zaman para Nabi. Penggunanya      secara berleluasa  dapat dilihat pada zaman Nabi Musa a.s. ketika mana Firaun      dan  pengikutnya telah mencabar kerasulan Nabi Musa a.s. Ketika inilah       tukang-tukang sihir telah menggunakan ilmu yang telah dimiliki untuk       mencabar mukjizat Nabi Musa a.s. Memiliki ilmu sihir menyebabkan  seseorang      itu akan kelihatan hebat dan berani kerana keyakinan  individu terhadap      keistimewaan ilmu sihir. Kadang-kadang manusia  yang mengamalkannya boleh      menggunakan untuk tujuan kejahatan  seperti mengenakan sihir kepada orang      lain atau membalas demdam  kepada seseorang individu.
Bagaimana ahli sihir mendekatkan diri pada jin
Untuk  mendekatkan diri kepada Jin atau Syaitan, para ahli      sihir ini ada  yang menjadikan Al-Qur’an ( Mushaf ) sebagai alas kaki untuk      masuk  ke tandas. Ada juga yang menulis sebahagian ayat Al-Qur’an dengan       menggunakan kotoran dan najis atau menulisnya dengan darah haid. Ada  pula      juga yang menulisnya di tapak kaki atau menulis surah  Al-Fatihah secara      songsang. Menunaikan solat tanpa berwudhuk atau  tetap dalam keadaan junub.      Menyembelih binatang untuk  dipersembahkan kepada jin / syaitan dan      menyembelihnya dengan tidak  menyebut nama Allah kemudian melemparkannya ke      suatu sudut yang  telah ditentukan oleh jin / syaitan. Terdapat juga pengamal      sihir  yang menggauli ibu atau anak perempuannya. Menulis jampi-serapah       dengan lafaz yang mengandungi kekafiran.
Dari  sini jelaslah bahawa      jin / syaitan tidak akan membantu untuk  menjadi khadamnya kecuali dengan      satu imbalan atau balasan. Semakin  besar kekafirannya itu makin besarlah      ketaatan jin / syaitan  terhadapnya. Jika si ahli sihir tidak mahu      melaksanakan  kekafiran-kekafiran yang diperintahkan jin / syaitan tersebut      maka  ia juga tidak akan bersedia menjadi khadamnya. Sesungguhnya bahwa       mereka berdua adalah dua sejoli yang bertemu dalam rangka maksiat kepada       Allah. Jika diperhatikan pada wajah ahli sihir itu maka akan  kelihatan      kegelapan disebabkan oleh kekafirannya.
Seseorang  yang menjadi ahli      sihir akan menjalani kehidupan yang penuh dengan  kesengsaraan jiwa. Dia      tidak dapat tidur dengan tenang, bahkan  senantiasa merasa cemas setiap kali      tidur di samping memikirkan  syaitan-syaitan itu sering menyakiti anak-anak      dan isterinya dan  menimbulkan pertengkaran di kalangan mereka.
Perjanjian ahli sihir dengan jin
Di  bawah ini adalah surat perjanjian yang diperkatakan      antara  “seorang ahli sihir dengan wakil syaitan” yang bernama Asmodeus dan       tulisan yang terdapat di surat itu adalah tulisan manusia, tetapi  copnya      ialah Cop Jin. Tetapi sebenarnya Jin tersebut telah  mempermainkan      manusia. Cop yang tertera di surat ini bukan cop  perwakilan Iblis, bahkan      juga bukan cop ‘Ifrit, jenis Jin yang  paling perkasa. Ia merupakan cop milik      Jin jahat biasa.
Di  bawah ini pula surat      perjanjian yang diperkatakan antara “Syaitan  dengan O’Ryan Greenfield”      seorang ahli sihir dari barat. Sebenarnya  surat itu ialah perjanjian  otentik antara seorang penyihir dengan empat Jin yang tanda tangan      mereka tertera jelas, yang kemudian diperkuat oleh cop ‘Ifrit.
Rahsia David Copperfield
David  Copperfield sememangnya mengamalkan ilmu sihir.      Sebab itulah  beliau boleh melakukan apa saja malah boleh terbang. Sebenarnya       David Copperfield sangat terkenal di kalangan para Jin. Dia mempunyai       perjanjian dengan salah seorang ‘Ifrit. ‘Ifrit mempunyai pasukan yang  ribuan      jumlahnya. Merekalah yang mengangkat Copperfield. Agar dia  boleh naik      sedikit di udara, diperlukan ribuan jin untuk  mengangkatnya.
Dan lagi satu kebolehannya, seorang gadis yang dipotongnya dalam peti itu, adalah jin perempuan yang menampakkan diri dalam wujud seorang gadis manusia. Dia menghilang, kemudian memperlihatkan dirinya kembali tanpa tanda luka sedikit pun. Adalah mungkin Copperfield telah membuat surat perjanjian sama seperti yang diatas. Wallahu a’lam.
Dan lagi satu kebolehannya, seorang gadis yang dipotongnya dalam peti itu, adalah jin perempuan yang menampakkan diri dalam wujud seorang gadis manusia. Dia menghilang, kemudian memperlihatkan dirinya kembali tanpa tanda luka sedikit pun. Adalah mungkin Copperfield telah membuat surat perjanjian sama seperti yang diatas. Wallahu a’lam.
Cara ahli sihir memanggil jin
- Cara Pertama : Thariqotul Iqsam Bersumpah atas Nama Jin atau Syaitan.
- Cara Kedua : Thariqatuz Zabhi Penyembelihan Binatang.
- Cara Ketiga : Thariqah Sufliyah Melakukan Kenistaan.
- Cara Keempat : Thariqatun Najasah Menulis Ayat-Ayat Al Qur’an dengan Najis.
- Cara Kelima : Thariqatut Tankis Menulis Ayat-Ayat Al Qur’an secara Songsang.
- Cara Keenam : Thariqatun Tanjim Menyembah Binatang.
- Cara Ketujuh : Thariqatul Kaffi Melihat melalui Tapak Tangan.
- Cara Kelapan : Thariqatul Atsar Menggunakan benda Bekas Pakai.
Sihir dalam masyarakat      Melayu
Dalam  masyarakat melayu      memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir  ini selalu dikaitkan dengan      Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk  dalam masyarakat kita sebagai perbuatan      orang atau kemasukan  syaitan.
Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-
Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi tercapainya apa yang diminta. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-
-  Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
-  Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
-  Polong : Bagi menghisap darah mangsa
-  Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.
Kesemua  ini diperolehi      tukang sihir sama ada secara warisan keturunan  nenek moyang kita atau      dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam  hubungan ini syaitanlah yang      memainkankan peranan yang paling  besar.
Jenis-jenis sihir
Patung
 
Tukang sihir akan menggunakan bahan-bahan yang didapati daripada tubuh  badan      mangsa seperti rambut, kuku dan sebagainya yang kemudian  diikat pada patung.      Seterusnya patung itu dicucuk dengan jarum.  Pada masa yang sama jampi      mantera dibaca oleh tukang sihir tersebut  dan dipercayai mangsa akan berasa      sakit dan boleh membawa maut.
Santau
 
Nama ini sudah begitu popular di kalangan masyarakat Melayu. Santau       merupakan bahan campuran antara kaca yang ditumbuk halus dan ia akan       dimasukkan ke dalam makanan atau minuman mangsa dengan membaca  ayat-ayat      tertentu oleh tukang sihir
Telur layang
 
Tukang sihir akan mengambil sebiji telur yang telah dijampi yang lalu       dibalut dengan kain kuning. Kemudian sebatang jarum akan dicucuk ke  dalam      telur tersebut sambil jampi mantera dibaca. Akibatnya mangsa  akan berasa      sakit serta boleh membawa maut.
Tangkal dan azimat
 
Tukang sihir akan menulis ayat azimat dengan lidi daun pokok kabong berserta      dakwat merah yang dicampur dengan bedak za’faran  dan air ros. Dakwat      merah tersebut ialah darah seseorang yang  telah mati dibunuh dengan kejam      atau darah ayam jantan. Kemudian  tangkal atau azimat tadi diperasap dengan      kemenyan yang dilakukan  pada malam jumaat atau malam khamis yang ditujukan      kepada  mangsanya.
Sihir pembenci dan kasih      sayang
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.
Sihir pembenci bertujuan memisahkan sepasang kekasih atau suami-isteri. Manakala sihir kasih-sayang boleh dilakukan oleh tukang sihir dengan menulis ayat-ayat jampi di atas kertas kemudian dibakar dan habuknya dimasukkan ke dalam minuman yang disertakan dengan jampi tiga kali sambil menyebut nama orang yang dihajati.
Cara mengatasi gejala      sihir
Apabila  telah disahkan      seseorang itu terkena sihir samada dari segi  fizikal, mental atau spiritual,      maka dalam dalam konsep Islam,  tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya.      Tiap-tiap penyakit  ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan      untuk  mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat       fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir  dalam      kisah yang terkenal dengan Labid bin A’sam. Peristiwa ini  berlaku untuk      memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur’an yang  dinamakan Al-Mu’awwizat,      iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia      menjadi penawar.
Begitu  juga dengan ayat      Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut  adalah pengubat dan penyembur      sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w.  telah menyebut secara terperinci bahawa      sihir itu boleh diubati  dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah,      tiga ayat daripada surah Al-Baqarah  iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan      tiga ayat terakhir daripada surah  tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah      diamalkan dengan penuh yakin  bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.
Ayat-ayat tersebut      adalah seperti berikut :- 
1.) Surah      Al-Baqarah 2 : 1-6
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
2.) Surah Al-Baqarah 2 : 255-257
3.) Surah Al-Baqarah 2 : 284-286
Saka (keturunan)
Saka  adalah jin yang telah      berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian  lama hingga sudah menjadi      sebati dengan manusia itu. Ini berlaku  samada seseorang itu tahu atau tidak,      kerana ia datang dari  keturunan kita. Kemungkinan ilmu ini telah dipelajari      oleh  nenek-moyang kita terdahulu. Dan diturunkan kepada kita tanpa diketahui       atau jin itu sendiri yang memilih untuk mendampingi keturunannya  yang dia      kehendaki.
Dari  itu memang sukar      menghalau jin di dalam tubuh seseorang yang telah  dianggap saka. Ia tetap      akan kembali lagi ke tubuh tuannya itu  walaupun sudah beberapa kali diberi      amaran atau bersumpah di atas  nama Allah s.w.t. bahawa ia tidak akan datang      lagi.
Namun  begitu, dibawah ini      ada cara yang boleh mengeluarkan saka dalam  tubuh seseorang itu, tetapi ia      memakan masa yang lama mungkin makan  bulan malah tahun.
Caranya  ialah ambil tempat      (tumbler) berisi air, lalu bacakanlah air  tersebut dengan surah-surah      dibawah ini. Ia dilakukan diwaktu  sesudah mendirikan solat subuh.
1.) Surah Al-Fatihah      ( Ayat 1-7 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )
2.) Surah Al-Baqarah ( Ayat 255 )
3.) Surah Al-Insyirah ( 1-8 )
Air  ini digunakan sebagai      minuman harian. Apabila kamu minum air yang  dibacakan ayat-ayat Al Qur’an ia      akan menjadi darah daging kamu.  Lakukanlah pada tiap-tiap hari, jangan mudah      jemu, sudah dikatakan  proses ini memakan masa yang lama. Dengan izin      Allah…… Jin (saka)  yang berada di dalam tubuh kamu akan merasakan      kepanasan lalu  terbakarlah dia dengan azab Allah s.w.t. Insya Allah….
Setelah  kamu minum air      tersebut berterusan, kamu dapat merasakan seluruh  anggota kamu akan menjadi      pija (panas) terutama di bahagian  tengkuk, kerana disitulah tempat duduknya      jin tersebut. Ini  menunjukkan, usaha anda telah berhasil. Itu petanda Allah      s.w.t.  telah mengazabkan jin di dalam tubuh kamu itu. Itulah kemujarabannya….. 
Cara-cara untuk menjadi ahli sihir          <— sekadar pengetahuan
Untuk  menjadi Tukang atau      Ahli Sihir atau lebih dikenali sebagai Tok  Bomoh oleh Masyarakat Melayu,      adalah melalui berbagai cara dan  jalannya. Iaitu :-
-  Melalui warisan, iaitu turun-temurun dari nenek moyangnya atau saka-baka, di mana ilmu ini telah dipelajari oleh datuk-nenek atau keturunannya terlebih dahulu atau pernah atau telah menjadi Ahli Sihir ( Tok Bomoh ). Lalu setelah mereka meninggal dunia, dengan secara tidak langsung ilmu itu akan mengalir terus ke dalam badan anak-cucu mereka pula.
-  Mereka telah didatangi oleh Jin-Jin yang menyerupai rupa datuk-neneknya dalam mimpi dan memberitahunya supaya membaca ayat-ayat, jampi-jampi atau mentera-mentera tertentu. Kemudian diamalkannya ayat-ayat itu lalu datanglah Jin-Jin sebagai Khadamnya untuk memberi pertolongan.
-  Melalui bacaan :- Wirid, ayat-ayat, jampi-serapah atau doa-doa tertentu yang diamalkannya.
-  Melalui amalan-amalan dari seni mempertahakan diri iaitu Pencak Silat ataupun Kuda Kepang yang dipelajari atau ditunututnya.
-  Melalui pertapaan – tidak kiralah di dalam hutan, gunung-ganang, gua, perigi buta, kubur dan sebagainya sehingga dikunjungi Jin-Jin yang berhasrat bagi menghasilkan hajatnya.
-  Meniru tanpa berguru – samada dari Tok Guru atau Ahli Sihir lalu atau melihat cara orang lain membuat perubatan lalu mencubanya.
-  Melalui Berguru yang memelihara Jin-Jin, lalu diajarkan dan diamalkannya melalui kitab-kitab tertentu atau secara bersendirian.
Peralatan pemujaan oleh ahli sihir
Peralatan yang sering digunakan untuk      pemujaan Jin dikalangan Masyarakat Melayu ialah 
seperti brikut :-
-  Pemujaan Kubur
 Adalah sebahagian dari amalan yang diamalkan oleh Ahli Sihir. Mereka percaya penghuni kubur itu boleh membantunya untuk menghasilkan hajat yang diperlukannya. Terutama sekali penghuni kubur itu sendiri adalah seorang Ahli Sihir. Diharapkan dapat diberikan pertolongan atau kekuasaan dan ilmu kebatinan.Sambil itu semasa pemujaan, ada jamuan yang disediakan seperti ayam panggang, pulut kunyit, bertih, pisang emas dan sebagainya, yang dikatakan mereka untuk menjamu Jin tetapi pada hakikatnya mereka telah tertipu dengan permainan Jin yang ingin menyesatkan mereka.
 
-  Keris, Lembing dan Limau
 Memang telah dikaitkan dalam Masyarakat Melayu sebagai senjata seni mempertahanan diri, kekuatan, kemegahan dan lambang kemashuran. Pada Ahli Sihir keris tersebut harus dimandikan dengan limau dan diasapkan dengan kemenyan serta dibalut dengan kain kuning atau hitam.Pemujaan keris ini selalunya dibuat pada malam jumaat dituruti dengan mantera dan jampi tertentu. Pada Ahli Sihir pemujaan itu dapat memberikan kekuatan keris tersebut, supaya penjaga keris itu tidak mengganggu mereka malah dapat membantu mereka.
 
-  Ancak
 Diperbuat daripada buluh yang agak sama dengan sangkak. Ada juga Ancak yang diperbuat dari pada daun pisang yang diisi dengan pulut kuning bertih, ketupat dan sebagainya. Ancak juga digunakan untuk jamuan Jin keturunan atau Jin penjaga kampong. Yang dikatakan dapat menjaga kampong dan anak-anak kampong.
 
-  Sanggu
 Atau sampan selalunya diperbuat daripada upih pinang atau seludang kelapa. Upih atau seludang yang digunakan mestilah yang jatuh dari pokok dalam keadaan tercacak pada pangkal pokok yang mesti di ambil pada waktu senja. Waktu membuat sanggu pula mestilah pada waktu tengah malam, mengadap ke arah matahari naik dan hendaklah di asap dengan kemenyan dan di baca mentera atau jampi tertentu.Tujuan pemujaan Jin ini adalah untuk memuja Jin keturunan atau saka. Perkakas dan alat untuk jamuan Jin yang di isi di dalam sanggu ini ialah, antaranya pulut kuning, ayam panggang, bertih, beras kunyit dan sireh pinang. Di tengah-tengah sanggu itu dipacakkan layar, lilin di letakkan di hujung dan di belakang sanggu. Kemudian sanggu tersebut di layarkan sebagai jamuan bagi Jin-Jin keturunannya.
 
-  Sangkak
 Diperbuat daripada buluh dengan mengikut syarat-syarat tertentu. Di atasnya diletakkan seekor ayam panggang yang telah mengikut syarat-syarat tertentu ataupun pulut kuning dan bertih sebagai jamuan Jin yang dihajatinya, samada Jin keturunannya atau Jin penjaga kampung supaya jangan menggangu keluarga atau kampong mereka. Kemenyan dibakar sebagai bauan wangi yang sangat di sukai oleh Jin yang juga menjadi syarat utama untuk memanggil Jin tersebut.Ada dua cara menguna dan meletakkan sangkak ini. Jika sangkak tersebut di buat untuk keselamatan keluarga maka ianya dibuat dan diletakkan di dalam rumah dengan di ikuti oleh majlis tahlil dan sebagainya. Jika sangkak tersebut di buat untuk menjaga kampung pula maka ianya di letakkan di tepi hutan atau di pinggir kampung dengan bacaan mentera dan jampi serapah tertentu dan kadang-kadang di sembelih pula seekor kambing atau kerbau.
 
 
-  Pemujaan Tanduk Kerbau
 Sering dijadikan bahan pemujaan yang mempercayai akan kuasa yang ada padanya. Selalunya digunakan dalam majlis-majlis tertentu seperti pertabalan pangkat atau meraikan sesuatu majlis. Pemujaan tanduk kerbau ini digunakan sebagai alat pemujaan untuk menyeru Jin dan sebagai makanan atau jamuan kepada Jin. Tujuannya supaya Jin itu tidak menggangu kampung atau anak cucu mereka.Biasanya tanduk tersebut diletakkan di tempat yang tertentu yang di atasnya di nyalakan lilin. Kain warna kuning atau merah di mahkotakan di bahagian kepala, sementara di sekelilingnya dihidangkan dengan kuih muih, pulut kuning, bubur merah dan lain-lain lagi. Ahli Sihir akan memulakan upacara dengan membaca mentera atau jampi serapah untuk memanggil Jin berkenaan. Jika Jin itu datang, ia akan memasuki tubuh ahli sihir dan akan mengatakan sesuatu sesuatu atau memberi nasihat atau amaran kepada mereka.
Kesimpulannya  pemujaan-pemujaan seperti      berikut adalah amat bertentangan dengan  agama Islam. Ia adalah semata-mata      perbuatan Khurafat yang mesti  kita jauhi untuk kebahagian hidup kita di      dunia dan akhirat.  Keselamatan, kesihatan dan rezeki semua telah di tentukan      oleh  Allah s.w.t dan bukannya bersebab dari upacara pemujaan tersebut. Hanya       orang-orang yang sesat sahaja yang masih percaya kepada kuasa-kuasa  pemujaan      dan perkara-perkara Khurafat tersebut lah yang memberi  sebab kepada      keselamatan, kesihatan dan keselamatan mereka.
PERINGATAN !!! Pemujaan di atas ini hanya      untuk dijadikan sempadan, tidak harus dipraktikkan !!!….. na’uzubillah!!!
Amalan-amalan pengamal ilmu sihir
Berikut  adalah di antara amalan-amalan yang      dilakukan oleh tukang-tukang  sihir atau pengamal ilmu hitam untuk      mendekatkan diri mereka kepada  syaitan-syaitan jin :-
-  Mengikat mashaf al Quran di bawah kedua tapak kakinya (dijadikan selipar) kemudian di bawa masuk berjalan ke dalam tandas.
-  Menulis ayat-ayat al Quran dengan najis, kotoran atau darah haid di bawah dua belah seliparnya.
-  Menulis ayat-ayat al Fatihah secara terbalik.
-  Bersolat tanpa berwuduk dan kadang-kadang dalam keadaan berjunub.
-  Melakukan penyembelihan semata-mata kerana syaitan dan tidak menyebut nama Allah ketika meyembelihnya dan hasil sembelihan itu diletakkan di tempat-tempat tertentu sebagai persembahan khusus bagi syaitan
-  Melakukan pemujaan terhadap matahari,bulan atau bintang di langit dan mengabdikan diri hanya objek tersebut dan tidak kepada Allah S.W.T.
-  Mengadakan hubungan kelamin dengan ibu kandung atau anak perempuannya sendiri.
-  Melumurkan tahi ke seluruh tubuh dan tidak boleh mencucinya selama beberapa hari atau tempuh tertentu.
-  Memuja kuburan dan memanggil ruh ruh
-  Memuja tengkorak mayat orang mati terbunuh atau kanak kanak.
Kesannya terhadap pengamal ilmu sihir
Semasa Masih Hidup
-  Hidupnya sentiasa bermasalah
-  Berniaga tidak menjadi, buatlah kerja apapun tidak akan berjaya, seolah-olah ada sahaja yang menghalang
-  Banyak halangan dalam pekerjaan yang diceburi.
-  Sering sakit yang pelik-pelik yang tidak dapat di kesan oleh doktor seperti histeria, gila isim, panas baran, dapat anak yang cacat dan huduh rupanya, selalu tidak sedarkan diri, sakit kepala bila tiba waktu pagi, waktu matahari jatuh, keluarga selalu berkelahi, di ganggu mimpi ngeri dan menakutkan dan sebagainya.
-  Hilang anak dalam kandungan hasil tumpangan Jin semasa melakukan persetubuhan dan sebagainya.
Di Saat-saat Kematian.
Saat  kematian orang yang bersahabat dengan Jin biasanya      amat  menyulitkan kerana kesukaran untuk melepaskan diri daripada khadam Jin       yang telah sekian lama menjadi teman karibnya. Antara syarat-syarat  untuk      kematian atau memudahkan kematiannya iaitu bagi membolehkan  Jin khadamnya      keluar ialah :-
-  Perlu membuka perabung rumah
-  Mesti mencungkil lantai rumah
-  Menyapu sedikit tanah ke muka pesakit
-  Membubuh ranting kering di atas dada si sakit
-  Membuat kuih tujuh jenis dan di panahkan ke bukit
-  Memecahkan dinding rumah si sakit
-  Meletakkan si sakit di rumah kosong.
Kematian.
Kadang-kadang  berlaku juga kejadian yang aneh-aneh ke      atas si sakit yang  bersahabat dengan Jin ini sewaktu kematiannya. Antara       kejadian-kejadian tersebut adalah seperti ;-
-  Mati sudah dua atau tiga hari tetapi masih kelihatan hidup dan sangat kuat makan, bila sudah mati mayat itu telah berbau busuk dan reput.
-  Mayat ditumbuhi bulu yang banyak
-  Mayat di bawa lari oleh puak-puak Jin
-  Mata dan mulut mayat kelihatan ternganga dan kelihatan ngeri
-  Selepas kematiannya kadang kala didapati diri si mati itu ( sebenarnya Jin peliharaannya ) balik semula kerumah dan ada yang tidur serta bersetubuh dengan isterinya. ( pada sangkaan si isteri, bahawa suaminya itu hidup semula atau bekas suaminya itu keramat atau wali )
-  Sesetengah mayat pula selepas kematiannya hilang di bawa lari oleh Jin peliharaannya ke dalam hutan untuk santapan puak-puak Mereka.
Pantang Larangnya.
Pewaris  keturunan ini atau penerima amalan ini tidak      boleh melanggar  pantang larang yang telah ditetapkan, kerana akibat yang      buruk akan  terjadi ke atas dirinya atau ke atas keluarganya. Antara pantang       larang tersebut ialah :- 
-  Tidak boleh pakai kain masuk melalui kepala
-  Tidak boleh lalu di bawah penyidai kain
-  Tidak boleh menziarahi jenazah
-  Tidak boleh makan atau minum di kedai orang kafir
-  Tidak boleh meninggalkan bacaan serampah atau jampi
-  Tidak boleh sembahyang di masjid atau berjemaah
-  Tidak boleh masuk ke rumah dengan kaki kanan
-  Tidak boleh memakan benda-benda bernyawa dan sebagainya.
Kesesatan dalam perubatan
Kebanyakan  kesesatan yang boleh membawa kepada syirik dan      menyebabkan  seseorang itu menjadi kafir kebiasaannya berlaku dalam bidang       perubatan yang dilakukan Tok Bomoh dan seumpamanya. Kesesatan yang  sering      berlaku pada golongan ini, ialah melalui proses mengubati  pesakit atau dalam      melakukan pekerjaan mereka, mereka mempunyai  hubungan dan meminta      pertolongan dengan khadam-khadam yang terdiri  samada daripada Jin Islam alam      rendah atau yang terdiri daripada  Jin-Jin kafir. Mereka menjadi sesat      melalui berbagai cara antaranya  :-
Melalui Jampi, Mentera dan Serapah.
Kebanyakan  daripada Tok Bomoh dan seumpamanya menggunakan      jampi atau mentera  yang menyeru khadam-khadam untuk meminta pertolongan bagi      membantu  mereka memberi rawatan kepada pesakit-pesakit yang mengunjungi       mereka. Biasanya jampi mentera itu dimulai dengan bacaan Basmallah ………….  Dan      di sudahi dengan selawat ke atas Nabi atau dengan menyebut  Lailahailll Allah      Muhammadar Rasulullah “. Tetapi di tengah-tengah  jampi mentera mereka      terdapat seruan-seruan kepada Jin bagi meminta  pertolongan mereka dalam      mengubati pesakit atau mendapatkan  sesuatu. Contohnya seperti :-
 Amalan Batin.
”  Bismillahirrahmanirrahim.” Kuliat kulit banyu, sufaat      daging  banyu, rai ro ra inson, rogo iro rogo inson, aku bali gowo cohyo,       cohyo maskinang kining, sang yang tunggang gerono anci-ancik kendali  puro,      berkat bulan kembang bintang dengan berkat Lailahaillah  Muhammadurrasulullah.
Serapah lekat Tulang.
”  Bismillahirrahmanirrahim.” Hei ! kerancang tulang dalam      buluh,  melela makan buat daku, kalau kau hendak ke dalam, kedalam tulang,       kalau kau nak keluar, keluar tulang, kalau tidak aku sumpah kata Allah       berkat Lailahaillah Muhammadurrasulullah.
Serapah menepung Tawar
”  Bismillahirrahmanirrahim.” Hai Jin Tanah Jembalang Bumi,      Hai Jin  Hitam serangkap rang bumi, pelesit di bumi, putar tanggah di bumi,       puak juak mu, aku nak minta tolong jaga, tempat yang aku buat ni, aku       menanggung baik di atas aku, dan jahat di atas mu, dengan berkat kata       Lailahaillah Muhammadurrasulullah.
Mentera Menepung Tawar.
”  Bismillahirrahmanirrahim.” Hai ya sema yang semung, ya      sema tiga  terkendong, kembang wadi kembang wada cat udi nyunyi, batang wong       batang wang batang terkendong, ribut salah musim, kiong kemaling cendi       seruka, dalam usul punya melepas, siapa yang melepas, dalam asal  punya      melepas, siapa punya melepas, kedi bunuh punya melepas, siapa  punya melepas,      sema putih punya melepas, siapa punya melepas, sema  hitam punya melepas,      Pelepas di padang luas, melepas mak inang  kurang sa empat puluh, pelepas      kata dgn berkat Lailahaillah  Muhammadurrasulullah.
Kesesatan  yang telah dilakukan oleh Tok Bomoh yang      menggunakan kaedah ini  adalah terhadap dirinya sendiri, kerana jampi mentera      yang  digunakan itu mengandungi permintaan pertolongan kepada kuasa khadam       dampingannya di samping meminta pertolongan daripada Allah, ini  menunjukkan      seolah-olah terdapat dua pihak yang berkuasa dan dapat  memberi pertolongan      kepada mereka, iaitu Allah s.w.t dan  Khadam-khadam mereka. Perbuatan      tersebut dengan terang-terang telah  melakukan perbuatan syirik kerana      menyamatarafkan Allah s.w.t  dengan mahkluk lain dan meminta pertolongan      kepada mahkluk lain  selain daripada Allah.
Melalui Perbuatan / Kelakuan.
 
 
No comments:
Post a Comment