MENGAPA PERLU BERBEKAM?
Selepas 3 bulan, sel darah merah di dalam tubuh kita akan
mati. Ia mengandungi lebihan asid urik, urea, toksin dan sel darah merah yang
rosak. Sel darah kotor ini akan berkumpul di lapisan bawah kulit sebelum
dikumuhkan. Sel darah ini akan digantikan dengan sel darah merah yang baru.
Darah yang baru mengandungi oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh sel tubuh.
Sel darah yang rosak (darah kotor) yang gagal dikumuhkan dan masih hadir dalam
sistem aliran darah menyebabkan faktor utama yang mengakibatkan kapilari
tersekat dan tersumbat, kesannya akan menganggu pelbagai sistem badan dan
menyebabkan kegagalan sistem limfa, ginjal dan hati tidak berfungsi dengan
sempurna yang akhirnya akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik.
Gejala awal yang dapat dirasai oleh tubuh badan ialah badan
terasa lesu, letih, kebas kaki dan tangan, pening, cepat marah, cepat bosan,
murung, mudah mengantuk dan mudah pitam. "Dengan ringkasan diatas,
dapatlah disimpulkan keharusan berbekam kepada kita yang mana ia dapat mencegah
tubuh badan kita daripada menjurus kepada penyakit-penyakit yang lebih kronik
seperti diabetes (kencing manis), darah tinggi, migrain dan sebagainya."
Adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan tubuh badan kita
sentiasa sihat wal afiat dengan cara berusaha mencegah dan berdoa kepada Allah
agar diberikan kesihatan supaya mudah beribadat kepadanya. Insya'Allah...
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: "Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT" (Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah R.A)
No comments:
Post a Comment