Kepada setiap muslim dan muslimah di seluruh
dunia,timur dan barat, saya menghadirkan di hadapan anda semua satu kekayaan
terpendam, mutiara tersembunyi, sunnah yang dilupakan oleh ramai umat Islam
khususnya, dan penyembuh segala penyakit dengan izin Allah SWT di mana Rasul
dan kekasih kita Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Sebaik-baik pengubatan bagi kalian ialah hijamah
(bekam)"
"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"
(Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah r.a)
"Barangsiapa berbekam pasti mendapat rahmat dari Allah SWT"
(Riwayat Ahmad dan Tabrani dari Samurah r.a)
Orang-orang beriman baik lelaki atau perempuan pasti
sangat rindu ingin mendengar sunnah Rasulullah SAW khususnya bekam. Ramai
pesakit yang pernah menjalani terapi bekam ini menyaksikan dan merasai sendiri
mukjizat kesembuhan dalam mengatasi penyakit-penyakit yang sukar di sembuhkan
oleh para doktor. Sayangnya masih sedikit yang mengenali kaedah pengubatan ini.
Bahkan dari kalangan terpelajar pun sedikit sekali yang pernah mendengarnya
apalagi dari kalangan awam.
Setiap muslim dan muslimah tahu bahawa hadith-hadith Rasulullah SAW tidak pernah berubah dan berganti, kerana ia wahyu dari Allah SWT dan agama ini telah sempurna dan segala puji hanya bagi Allah SWT. Maka hadith-hadith yang berkaitan kaedah pengubatan dengan bekam, keutamaannya, hari-hari perlaksanaannya dan sebagainya adalah bersifat tetap tidak berubah.
Sungguhpun begitu saya memohon kepada Allah SWT agar mengurniakan kepada kita ilmu, pandangan yang mendalam dan keikhlasan dalam memberikan manfaat kepada seluruh umat Islam tanpa terkecuali,sesungguhnya Dia yang berkuasa ke atas sesuatu.
Menurut Ibnu Qoyyim Al-Jauziyyah dalam Thibbun Nabawi,bahawa pengubatan bekam harus dilakukan secara bersamaan dan berpadu dengan penggunaan bahan alami seperti madu,habbatus sauda,kismis,tamar dan lain-lain, disertai dengan zikir mahupun doa-doa Ruqyah Syar'iyyah,serta mengamalkan ajaran islam yang nyata.
'BEKAM' SUNNAH RASULULLAH SAW

Barangsiapa menghidupkan sunnahku bererti ia
mencintaiku dan barangsiapa yang mencintaiku, maka ia akan bersamaku di dalam
Syurga. (Al Hadis)
PERINTAH BERBEKAM
PERINTAH BERBEKAM
Perawatan ini tidak perlu diragukan lagi kerana berdasarkan hadis-hadis yang
banyak menerangkan kebaikan bagi orang yang mengamalkan bekam ini. Nabi
Muhammad SAW merupakan insan pertama yang dibekam para Malaikat dengan perintah
Allah SWT sebelum Isra dan Mi'raj.
KENAPA PERLU BERBEKAM???
Bekam merupakan teknik perubatan Sunnah Rasulullah SAW yang telah lama
diamalkan oleh manusia sejak zaman dahulu kala,dan kini di modenkan mengikut
kaedah-kaedah ilmiah dan kaedah efektif tanpa kesan sampingan.
Teknik perubatan bekam adalah suatu proses membuang
darah kotor dan toksid melalui permukaan kulit. Toksin/toksid adalah endapan
racun/zat kimia yang tidak dapat diuraikan oleh tubuh kita. Toksin ini berasal
daripada pencemaran udara,mahupun dari makanan yang banyak mengandungi zat
pewarna,zat pengembang,penyedap rasa,pemanis,racun dari sayuran dan sebagainya.
Dan BEKAM adalah salah satu proses 'detoksifikasi' yang sangat berkesan dan
mujarab serta tiada kesan sampingan. Berbekam juga sangat bermanfaat untuk
mengubati orang yang keracunan makanan,bisa dan sejenisnya.
KENAPA HARUS BERPUASA SEBELUM BERBEKAM
Pembekaman ketika perut kenyang boleh menyebabkan timbulnya penyumbatan darah atau berbagai penyakit kritikal yang lain, terutama bila makanan yang di jamah terlalu berat dan tidak sihat. Imam asy-Syuyuthi menyokong pendapat Ibnu Umar,bahawa berbekam dalam keadaan perut kosong itu adalah paling baik kerana ketika itu terdapat kesembuhan. Maka disarankan bagi yang hendak berbekam untuk tidak makan makanan berat seeloknya 2-3 jam sebelumnya.

Dalam satu athar disebutkan: "Pembekaman yang dilakukan ketika
haus,boleh membantu proses penyembuhan.Apabila dilakukan ketika kenyang,boleh
menimbulkan penyakit.Bila dilakukan tarikh 17 juga boleh membantu
penyembuhan."
WAKTU-WAKTU YANG SESUAI UNTUK BERBEKAM
WAKTU-WAKTU YANG SESUAI UNTUK BERBEKAM
Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa
berbekam pada tanggal 17,19 dan 21,maka itu akan menyembuhkan semua
penyakit."
Mengenai hari-hari dalam seminggu adalah digalakkan berbekam pada hari Khamis bagi mendapat berkat dari Allah SWT. Berbekamlah pada hari Isnin dan Selasa,kerana itu merupakan hari di mana Nabi Ayyub disembuhkan dari penyakit dan bala. Hindari berbekam pada hari Rabu kerana sesungguhnya penyakit kusta dan belang mula muncul pada malam Rabu dan hari Rabu.

No comments:
Post a Comment