PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ILAAJ ( PURIDI )

HUBUNGI KAMI UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN:

USTAZ ABU HARIS 019-2177880
USTAZAH UMMU ANIS 019-2817880


PENGAMAL PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA'

Friday, November 8, 2013

Bekam RM5 di cheras,Balakong,Bangi,kajang membantu merawat penyakit kronik

Kencing Manis Punca Sakit Jantung, Darah Tinggi, Buah Pinggang Rosak


 
Kencing manis, tekanan darah tinggi, kegagalan buah pinggang dan sakit jantung — empat penyakit yang saling berkait rapat. Biasanya jika seseorang ada kencing manis, dia berisiko tinggi mengalami tiga penyakit lain, terutama jika gagal mengawal paras gula dalam darah. diabetes

Dianggarkan di seluruh dunia ada kira-kira 250 juta pesakit kencing manis dan catatan menunjukkan kebanyakannya meninggal dunia akibat komplikasi penyakit. Punca utama kematian di kalangan pesakit kencing manis ialah masalah jantung dan kegagalan buah pinggang. diabetes

 

Di Malaysia, jumlah pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dengan catatan 650,000 kes baru setiap tahun. Kebanyakan pesakit tidak sedar mereka menghidap penyakit kronik ini hinggalah mengalami pelbagai gejala yang menjejaskan kualiti hidup. diabetes
Pakar perubatan percaya kebanyakan pesakit menghidap kencing manis beberapa tahun sebelum penyakit dikesan. Yang membimbangkan, lebih lama seseorang itu menghidap kencing manis, lebih tinggi risiko untuk mendapat komplikasi penyakit. diabetes

 
Punca Kematian Kelima Tertinggi Dunia
 

Kencing manis adalah penyakit zaman moden paling nyata dan menjadi punca kematian kelima tertinggi di dunia. Dianggarkan satu kematian berlaku dalam setiap 10 saat akibat kencing manis. diabetes
 

Komplikasi kencing manis boleh dibahagi kepada dua iaitu :
 

1) Mikrovaskular (membabitkan kerosakan salur kecil) seperti kerosakan mata dipanggil retinopati diabetis yang mengakibatkan pesakit hilang penglihatan, kegagalan buah pinggang, kerosakan saraf kaki dan meningkatkan risiko kaki dipotong. diabetes
 

2) Makrovaskular (membabitkan salur darah besar) lebih mudah berlaku pada kadar 4 kali lebih tinggi berbanding komplikasi mikrovaskular. Kencing manis boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, strok, penyakit vaskular periferal (PVD iaitu salur darah besar pada kaki). diabetes
 

Pecahan komplikasi kencing manis :
** 55% kematian kerana komplikasi jantung
** 13% kes kematian kerana paras gula tidak terkawal
** 13% kes kematian kerana kanser
** 19% kes kematian kerana lain-lain penyakit

 

Perkara pertama perlu dilakukan untuk mengelak komplikasi ialah mengawal paras gula dan tekanan darah. Bagaimanapun, pesakit kencing manis yang turut mengalami masalah tekanan darah tinggi sukar mencapai paras gula dan tekanan darah yang disasarkan (selamat).

BEKAM RM 5 DI CHERAS,BALAKONG,KAJANG DAN BANGI

MERAWAT PENYAKIT SARAF AKIBAT KENCING MANIS DENGAN KAEDAH BEKAM


Gambar gejala awal kencing manis yang dikesan daripada kaedah Bekam


 

pDPN belenggu pesakit kencing manis, perlu sesuaikan diri tahan sakit neuropati

INDIVIDU yang mengalami sakit saraf akibat diabetes selalunya menderita tanpa rawatan berikutan sifatnya yang sukar untuk didiagnosis.

Keadaan ini menyebabkan pesakit lebih rela belajar menyesuaikan diri untuk hidup dengan menahan kesakitan dalam diam sepanjang hayat. Masalah yang menyakitkan akibat diabetes ini dikenali sebagai painful diabetic peripheral neuropathy (pDPN) atau lebih dikenali sebagai sakit saraf akibat diabetes.

pDPN adalah keadaan di mana pesakit diabetes mengalami kesakitan seperti pedih seperti dicucuk pin dan jarum atau seperti terkena tusukan pada kaki dan tangan.

Satu daripada lima pesakit diabetes menanggung penderitaan ini dan bilangan mereka terus meningkat. Disebabkan kesakitan ini dianggap peribadi, sukar mengenal pasti pDPN. Inilah yang menimbulkan cabaran dalam proses rawatan. Selain itu, kesedaran terhadap kesakitan neuropati amat kurang, lebih-lebih lagi apa yang dimaksudkan dengan neuropati periferi.

Menurut Profesor Bahagian Neurologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Profesor K.J Goh, sistem saraf periferi atau peripheral nervous system (PNS) adalah satu daripada dua cabang utama sistem saraf. Satu lagi ialah sistem saraf pusat atau central nervous system (CNS) yang membentuk otak dan saraf tunjang.

Saraf dalam PNS menyambungkan CNS kepada organ deria seperti mata dan telinga serta organ badan yang lain misalnya otot, saluran darah dan kelenjar.

“Pesakit menanggung kesakitan neuropati apabila satu dan lebih banyak saraf mereka rosak. Banyak faktor menyumbang kepada kerosakan saraf. Ia boleh berpunca daripada gangguan, penyakit atau keadaan. pDPN adalah satu contoh kerosakan saraf disebabkan keadaan iaitu diabetes,” katanya kepada Sihat.
Antara gejala kesakitan neuropati termasuk kesakitan seperti terkena tusukan dan kepedihan, menggelenyar atau rasa kebas.

“Untuk melakukan diagnosis neuropati periferi, pesakit akan menjalani beberapa pemeriksaan neurologi untuk mengenal pasti punca dan sejauh mana kerosakan saraf,” tambah Prof Goh.

Sementara itu, Profesor Perubatan dan Pengarah Kampus Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan, Datuk Dr Mafauzy Mohamed, pula menjelaskan pesakit diabetes tidak sepatutnya hidup dengan menanggung kesakitan.

“Kesan neuropati periferi akibat diabetes amat buruk dan sangat menyakitkan. Kesakitan ini menyukarkan kehidupan harian sebaliknya pengurusan kesakitan secara berkesan membolehkan pesakit yang mengalami keadaan ini membaiki kualiti hidup,” katanya.

Mengikut Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Edisi Ketiga yang dikendalikan pada 2006, penularan diabetes meningkat kepada 14.9 peratus berbanding sedekad lalu di mana kadar penularan diabetes hanya 8.3 peratus.

Mengikut rekod, penularan diabetes di Malaysia meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun lalu. Ini adalah kadar yang lebih cepat daripada ramalan Persekutuan Diabetes Antarabangsa. Perangkaan ini adalah selari dengan peningkatan dua kali ganda masalah berat badan berlebihan atau obesiti di kalangan penduduk.

Seramai 50 peratus daripada pesakit tempatan yang disahkan menghidap diabetes dalam enam hingga 10 tahun yang lalu didapati mengalami pDPN.

“Semua data penyelidikan menunjukkan kes diabetes global dan tempatan. Lama kelamaan penularan penyakit ini akan menyebabkan kerosakan saraf yang pasti akan menimbulkan komplikasi. Oleh itu, adalah penting untuk membantu pesakit diabetes menguruskan kesakitan yang ditimbulkan oleh komplikasi diabetes,” tambahnya.

pDPN boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Kesan penyakit ini sering menyukarkan pesakit untuk berjalan, tidur, bekerja dan menjejaskan mood dan aktiviti harian mereka. Disebabkan kesakitan adalah begitu subjektif dan menyentuh peribadi, pDPN selalunya kurang dilaporkan serta dirawat.

Seramai 58 peratus pesakit tidak menyedari bahawa kesakitan yang dialami mereka adalah disebabkan oleh diabetes. Justeru, pesakit diabetes perlu mendapatkan nasihat doktor dalam memilih rawatan yang betul untuk membantu menguruskan keadaan mereka yang menyakitkan.

April tahun lalu, Akademi Neurologi Amerika (AAN), Persatuan Perubatan Saraf Otot dan Elektrodiagnostik Amerika dan Akademi Perubatan Fizikal dan Pemulihan Amerika mengeluarkan laporan bersama yang menggariskan rawatan paling berkesan untuk melegakan kesakitan saraf akibat diabetes.

Menurut garis panduan itu, Pregabalin adalah satu-satunya rawatan tahap A yang disyorkan, berasaskan bukti kukuh yang menunjukkan Pregabalin berkesan merawat kesakitan saraf akibat diabetes.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Menderitasakitsaraf/Article/index

Friday, September 13, 2013

BEKAM MURAH DENGAN HANYA RM 5 SAHAJA




RM 5 UNTUK MENDAPAT PAHALA SUNNAH

Ramai dikalangan masyarakat kita fobia apabila mendengar bekam atau al-hijamah,ini kerana kos dan caj yang dikenakan adalah teramat tinggi.

Pusat rawatan kami menawarkan caj dan kos paling murah di malaysia untuk berubat dengan kaedah Sunnah Rasullah ini dengan caj hanya RM 5 sahaja untuk setiap cawan atau cup yang digunakan.

Perlu kita ketahui bahawa sebenarnya perubatan ini   merupakan perubatan terawal yang diwahyukan oleh allah kepada nabi kita Muhammad S.A.W semasa di mikrajkan oleh Allah.Perubatan ini adalah perubatan yang mengandungi hikmah dan rahsia yang tersembunyi yang tidak diketahui oleh orang kebanyakkan.

Marilah kita semua cuba kaedah pengubatan ini,semoga Allah memberikan kesembuhan kepada penyakit-penyakit yang kita hadapi.

Hubungi kami untuk mendapatkan rawatan:

Ustaz Abdul Kahar     019-2177880
Ustazah Rohani         019-2817880

Pengamal Pengubatan Islam Darussyifa'

Wednesday, August 21, 2013

PENYAKIT YANG BOLEH DIRAWAT DENGAN KAEDAH BEKAM


JENIS-JENIS PENYAKIT YANG BOLEH DI BEKAM
Berikut ialah beberapa jenis penyakit yang boleh dirawat melalui kaedah berbekam, InsyaAllah:-

1 Kegemukan (Obesiti)
2 Elephantiasis (Penyakit Kaki Gajah / Untut)
3 Sciatica (Sakit Pinggang)
4 Sakit Perut
5 Sembelit
6 Gangguan Jantung & Lambung
7 Menunrunnya Fungsi Rusuk, Peradangan dan Nyeri Peru
8 Alergi Makanan
9 Sengal Tulang
10 Sesak Nafas
11 Asma
12 Insomnia (Susah Tidur)
13 Cirit Birit
14 Kejang Otot
15 Kencing Manis
16 Gangguan Pundi Empedu dan Hati
17 Menggigil Tanpa Demam
18 Kencing Malam
19 Tonsil
20 Gatal-Gatal (Harsh)
21 Radang Usus Besar
22 Tekanan Jiwa yang Berat (Stress)
23 Gangguan Pundi Empedu
24 Pusingan Haid Tidak Teratur
25 Ginjal
26 Tekanan Darah Tinggi
27 Sakit-sakit Lutut
28 Sakit-sakit Di Kaki
29 Sakit Di Sekitar Tulang Belakang
30 Gangguan Jiwa
31 Lumpuh kerana Penyumbatan Pembuluh Darah Otak (Strok)
32 Encok (Gout)
33 Rematoid
34 Luka, Bisul Di Betis dan Punggung serta Gatal-gatal
35 Menurunnya Daya Tahan Tubuh
36 Sinus
37 Sakit Di Daerah Perut
38 Gangguan Rusuk dan Penyakit Kulit Rusuk
39 Buasir
40 Penyakit Jantung
41 Mandul
42 Terlalu Banyak Tidur
43 Sakit Kepala Sebelah (Migrain)
44 Memperbaiki Peredaran Darah
45 Pembuluh Darah Sempit dan Sumbat
46 Sakit Punggung
47 Sakit Bahu dan Tengkuk
48 Sakit Bahu
49 Badan Kurus
50 Untuk Membantu Meninggalkan Merokok
51 Kurang Dengar, Radang dan Bengkak Telinga
52 Jangkitan Kuman
53 Melancarkan Perjalanan Darah
54 Menurunnya Aliran Darah
55 Tingkatkan Daya Ingatan
56 Tingkatkan Konsentrasi
57 Fistula Ani
58 Sakit Pinggang
59 Sakit Punggung
60 Gangguan Pundi Kemih
61 Kaki Kesemutan
62 Tangan Kesemutan
63 Salah Urat
64 Lumpuh Menyeluruh
65 Pening Kerana Gangguan Perut @ Sembelit
66 Gangguan Pada Prostat dan Lemah Syahwat
67 Pening Kerana Gangguan Tulang Belakang atau Gangguan Pada Empedu dan Hati
68 Pening Pada Waktu Haid Bagi Wanita
69 Rasa Sakit Di Bahagian Paha dan Telapak Kaki
70 Dingin Di Telapak Kaki
71 Nervous (Tegang / Gelisah)
72 Tumor Otak
73 Penebalan dan Pengerasan Telapak Kaki
74 Lutut yang Kaku
75 Gangguan Pankreas
76 Kejang-kejang
77 Tidak Boleh Bercakap
78 Penyakit Mata
79 Lemahnya Fungsi Sel-sel Otak
80 Berhenti Haid
81 Pembekakan Testis
82 Tekanan Darah Rendah
83 Berbagai Penyakit Rahim
84 Keluarnya Cairan Vagina Tanpa Bau, Warna dan Tanpa Rasa Gatal
85 Keluarnya Cairan Vagina
86 Peradangan Saraf Trigeminus (44) dan Facialis (45)
87 Untuk Meningkatkan Prodcuktiviti Indung Telur (Kesuburan)
88 Pusing Kerana Mata Lelah
89 Batuk Kronik dan Penyakit-penyakit Paru-Paru
90 Sakit Kepala Pening Kerana Tekanan Darah Tinggi
91 Sakit Kepala Kerana Radang Di Sekitar Rongga Hidung
92 Pening Kerana Anemia
93 Pening Kerana Influenza

Tuesday, July 16, 2013

RAWATAN BEKAM RM 5 SATU CAWAN

Pusat Rawatan kami menawarkan perkhidmatan BEKAM dengan kos paling murah dan pastinya tidak membebankan sesiapa yang memerlukan rawatan pihak kami.
Kos RM5.00 untuk setiap cawan bekam sebagai caj perkhidmatan dan masa perawat-perawat kami.Kebiasaannya kami akan mengesyorkan titik-titik Sunnah untuk di bekam,sekiranya pesakit tidak mampu,bolehlah berbincang dengan perawat-perawat kami yang sentiasa bersikap terbuka untuk merawat.

Kami juga menawarkan rawatan BEKAM dari rumah ke rumah untuk kawasan yang berdekatan dengan pusat rawatan.Untuk kawasan yang berjauhan dengan Pusat Rawatan,caj minyak kereta dan Tol akan dikenakan mengikut jarak tempat tersebut.

Pen Bekam


PEN BEKAM

Kebiasaan juru bekam menggunakan pisau untuk melakukan bekam,Penggunaan Pen adalah lebih elok kerana mata pen/jarum yang dimasukkan telah di laraskan matanya tidak melebihi paras kulit iaitu 4mm-5mm.ia juga adalah lebih selamat dan tidak meninggalkan kesan jangka masa panjang terhadap kulit.

Peralatan Bekam


Cup Bekam

Gelas bekam adalah alat yang paling utama dalam mengendalikan proses bekam.Gelas ini mesti dijaga supaya selelu berda dalam keadaan bersih.Apabila selesai sesuatu proses melakukan bekam,ia mesti di rendan dalam cecair Clorok dan antiseptik untuk mematikan kuman,setelah dikeringkan cup bekam mesti di stril dengan alat stril UV atau yang biasa.