PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ILAAJ ( PURIDI )

HUBUNGI KAMI UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN:

USTAZ ABU HARIS 019-2177880
USTAZAH UMMU ANIS 019-2817880


PENGAMAL PENGUBATAN ISLAM DARUSSYIFA'

Monday, February 14, 2011

Pontianak

Pontianak


Hantu Puntianak atau lebih popular dieja sebagai pontianak, dipercayai oleh masyarakat Melayu bahawa ia berasal daripada perempuan yang mati ketika mengandungkan anaknya. Terdapat juga pendapat menyatakan bahawa ia merupakan jin (hantu) liar yang bertindak mengganggu manusia.
Ejaan awalnya adalah pontianak, sebelum ditukarkan sebagai puntianak. Puntianak juga merupakan salah satu jenis hantu yang disenaraikan oleh Abdullah Kadir dalam bukunya, Hikayat Abdullah.
Puntianak ini dikatakan mempunyai lubang dibelakang tengkuknya. Sesiapa yang berjaya hidup ketika berjumpa puntianak dalam jelmaan wanita dan memasukkan paku ke dalam lubang ini dikatakan menjadikan puntianak tersebut kekal menjadi wanita cantik. 

Sekiranya paku itu dikeluarkan, ia akan kembali sebagai puntianak. Bagaimanapun, anda dinasihatkan agar tidak cuba memaku mana-mana wanita yang dijumpai kerana akhirnya anda mungkin akan dituduh membunuh.
 
Hantu puntianak dikatakan sering menjelma sebagai wanita cantik yang berjalan seorang diri dijalan yang sunyi. Oleh itu, cerita ini kemungkinan bertujuan menghindari golongan wanita daripada diganggu oleh pemuda-pemuda yang takutkan puntianak ketika berjalan seorang diri di jalan yang sunyi.

Kumpulan Dan Jenis-Jenis Jin

KUMPULAN-KUMPULAN JIN

Jin juga seperti manusia yang inginkan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan Jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya kumpulan yang menunggu kubur, kumpulan yang menunggu gua, kumpulan yang menunggu mayat manusia, kumpulan yang menunggu hutan rimba, kumpulan yang menunggu bukit bukau, kumpulan yang menunggu air mata air, kumpulan yang menunggu tasik, kolam, teluk, kuala, pulau dan sebagainya.

JENIS-JENIS JIN

Sama seperti manusia Jin juga terdiri dari pada berbagai jenis atau bangsa, antara yang tersohor ialah :-

1. Iblis (Bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan..)
2. Asy-Syaitan ( Syaitan-syaitan)
3. Al-Maraddah (Peragu-peragu) ( pewas-was )
4. Al-Afrit (Penipu-penipu)
5. Al-A’waan (Pelayan-pelayan)
6. Al-Tayyaaruun (Penerbang-penerbang)
7. Al-Ghawwaasuun (Penyelam-penyelam)
8. At-Tawaabi (Pengikut-pengikut) ( pengekor )
9. Al-Qurana (Pengawan-pengawan)
10. Al-Ummaar (Pemakmur.)

Wednesday, January 12, 2011

Adakah jin Boleh Dilihat?

ADAKAH MANUSIA BOLEH MELIHAT JIN?

Pada prinsipnya Jin tidak boleh di lihat, di sentuh dan di dengar oleh manusia dalam bentuk yang asal sebagaimana ianya diciptakan, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu, Jin boleh di lihat dalam rupa bentuk yang diingininya.

Jin juga boleh di lihat oleh manusia dalam keadaan sihir atau ketika meminum air sihir atau melalui kemahuan Jin itu sendiri untuk memperlihatkan dirinya kepada manusia.

Di dunia semua Jin boleh melihat manusia manakala manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat Jin selain daripada para Nabi dan Rasul. Manakala di akhirat pula semua manusia mukmin yang ahli syurga boleh melihat Jin manakala Jin yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat manusia.

Antara kelebihan Jin yang telah diberikan oleh Allah ialah kemampuannya untuk mengubah dirinya dalam berbagai bentuk dan rupa. Contohnya dalam peperangan Badar, Iblis telah menampakkan dirinya dalam bentuk seorang lelaki dari Bani Mudlij dan Syaitan pula dalam rupa Suraqah bin Malik yang datang membantu tentera musrikin memerangi tentera Islam. ( Iblis dan Syaitan adalah juga merupakan sebahagian daripada golongan Jin ).

Dalam Sahih Bukhari juga ada meriwayatkan bahawa adanya Jin yang menampakkan dirinya dalam bentuk seekor ular dan membunuh seorang pemuda yang cuba membunuh ular tersebut. Di samping itu Jin juga boleh menampakkan dirinya dalam rupa bentuk haiwan yang lain seperti rupa bentuk kucing, anjing dan sebagainya.

Tanda-Tanda Gangguan Jin dan Sihir

A. TANDA-TANDA KETIKA JAGA·

1.Bercakap seorang diri dan ketawa tanpa sebab.
2.Suara berubah ketika marah.·
3.Mudah hilang akal, kurang memahami sesuatu dan lemah ingatan adakala ia mengigit lidahnya.·
4.Berjalan terhoyong-hayang.·
5.Cara makannya menjijikkan.·
6.Berpaling daripada membaca Al -Quran,tidak memerhati maksud-maksudnya, tidak berzikir dan tidak bersolat
7.Apabila ia hendak membaca Al Quran,berzikir atau bersolat seolah-olah ada sesuatu yang menghalang untuk berbuat demikian.·
8.Benci kepada bau-bauan wangi terutamanya kasturi dan za' faran·
9.Pening yang tidak dapat diubati oleh ubat-ubatan (biasa)·
10.Bencikan rumahnya atau isteri atau suami atau ahli keluarganya.·
11.Kelupaan atau sakit kep'ala ketika solat.·
12.Tidak menumpukan fikiran kepada sesuatu.·
13.Malas dan lemah badan (tanpa sebab).·
14.Merasai sesuatu yang ganjil seperti gambar yang seolah-olah bergerak-gerak.·
15.Denyutan jantung bertambah cepat tanpa sebab.·
16.Selalu bermimpi.·
17.Bercakap tidak keruan, tidak tersusun, bercakap yang bukan -bukan dan bertindak tidak tentu hala. Apabila syaitan berpaling daripadanya, anda dapati ia akan meminta maaf terhadap percakapannya atau tingkah lakunya.·
18.Sedih tanpa sebab atau kerana alasan yang remeh.·
19.Suka memisahkan diri daripada orang ramai kerana ia merasa seolah-olah semua orang memusuhinya dan anda dapati ia akan hilang kepercayaannya terhadap orang lain.·
20.Mengabaikan kerjanya, rumah, suami atau isteri dan sekolah atau universiti.·
21.Sakit tulang belakang ketika bangun dari tidur tanpa sebab-sebab kesihatan seperti influenza atau pusingan darah haid.·
22.Beberapa anggota badannya kebas tanpa sebab dan ia susah digerakkan kecuali dengan kepayahan yang amat sangat.·
23.Perjalanan haid wanita tidak teratur- Ada kalanya darah haidnya terhenti sama sekali sedangkan ia masih muda atau haidnya tidak teratur seperti pada waktu yang tertentu darahnya keluar banyak dan pada masa yang lain pula ia akan keluar sedikit.·
24.Suka berada lama di dalam tandas atau bilik air.·
25.Waswas·
26.Lekas marah dan mudah melakukan kesilapan.·
27.Didorong oleh suara hasutan syaitan untuk melakukan maksiat seperti membunuh atau berzina.·
28.Lenguh-lenguh seluruh badan berserta dengan malas yang bersangatan dan tidak berdaya.· lenguh dengan cara luar biasa.·
29.Merasa seolah-olah ada sesuatu yang mengikutnya·
30.Pening yang berterusan dengan syarat ia bukan berpunca daripada sakit mata,telinga, hidung, gigi, kerongkong atau pun perut.

Mengikut Hamdy Ad Damardasy, "Apabila terhimpun 3 tanda pada waktu tidur dan 2 tanda pada waktu jaga maka kita mungkin sahaja dapat mengatakan yang seseorang itu telah di ganggu oleh jin atau syaitan .

B. TANDA-TANDA DI WAKTU TIDUR·

1.Mimpi yang menakutkan dalam pelbagai rupa atau mimpi yang menyedihkan .·
2.Bercakap-cakap ketika tidur atau keluar suara yang tertentu seperti suara yangtidak jelas misalnya yang sedang marah-marah atau suara mengeluh· la bermimpi berjalan di atas air atau darah.·
3.Mimpi yang berulang-ulang sehingga ia merasakan kesempitan jiwa atau seram atau takut atau ia bermimpi dengan mimpi yang kemudiannya benar -benar berlaku dan ini memberi kesan negetif terhadap jiwanya. seperti ia bermimpi suatu kejadian, kemudian ia benar -benar berlaku atau ia bermimpi seseorang itu sakit atau mati dan kemudiannya benar- benar berlaku· 4.Susah hendak tidur malam kecuali setelah lama berbaring.·
5.Kerap terjaga tidur di waktu malam.·
6.Mimpi berjumpa haiwan -haiwan seperti kucing, anjing, unta, ular, singa,serigala dan tikus· 7.Berdiri dan berjalan ketika tidur tanpa sedar.·
8.Bermimpi seolah-olahnya ia jatuh dari tempat yang tinggi.·
9.Bermimpi ia berada di kawasan perkuburan atau kawasan sampah atau jalan yangsunyi ( lagi menakutkan).·
10.Mimpi melihat manusia yang bersifat pelik seperti terlalu tinggi atau tinggiatau terlalu rendah atau melihat manusia hitam

PETUNJUK TERKENA SIHIR

Sokongan orang yang terdekat perlu dalam kes sihir, kerana rawatan ini mengambil masa yang panjang.
Antaranya tanda-tanda terkena sihir ialah:

1.Ketika rawatan dijalankan, pesakit menangis tetapi ia bukanlah dengan kehendakdirinya sendiri.·
2.Melalui peroses rawatan, didapati pesakit sukar disembuhkan ataupun ia lambat sembuh dan memerlukan rawatan yang berulang-kali· Pesakit berasa sakit perut apabila dibaca ruqyah padanya atau diberikankepadanya minuman berjampi.·
Tanda-tanda gangguan sihir juga banyak menyamai atau menyerupai tanda-tandagangguan jin dan syaitan sepertimana yang dinyatakan dalam bab sebelum ini.·
Kebanyakkan pesakit sihir berasa kesempitan dada pada waktu - waktu yangtertentu terutamanya pada waktu asar dan pada malam hari.

Tanda-Tanda Gangguan Makhluk Halus

Ada Beberapa Tanda kita Mendapat Gangguan Antaranya:

1. Malas melakukan rutin & amalan harian seperti berkerja, belajar,
solat, zikir, tilawah Quran dan sebagainya.

2.Gangguan ketika melakukan ibadah harian seperti lupa ayat-ayat Al Quran yang selalu dibaca dalam solat, doa yang dihafal dan was-was.

3. Berdebar-debar.

4. Gangguan semasa tidur seperti sukar tidur, terkejut berulangkali, lewat bangun, cemas, terasa ditindih hingga sukar nafas dan suara.

5.Suka menyendiri, kerap termenung, rasa gelisah, sedih dan kekosongan.

6.Rasa sakit tetapi disahkan sihat oleh doktor.

7.Rasa bersalah, hampa, kecewa, tidak berguna dan terasa ingin mati.

8.Kesan lebam di tubuh seperti di peha, betis atau lengan.

9.Cepat marah dan benci tanpa sebab dan secara tiba-tiba.

10.Hilang kawalan diri pada waktu-waktu tertentu seperti pengsan, histeria atau tidak sedarkan diri.

11.Terasa sesuatu bergerak-gerak dalam badan atau perut.

12.Ternampak bayangan, lintasan atau sesuatu yang pelik.

13.Terdengar suara, bisikan atau bunyi yang menakutkan.

14.Terasa seperti diperhatikan atau diintai.

15.Badan merasa tidak selesa seperti takut atau seram sejuk semasa di dalam rumah.

16.Kerap terhidu bau busuk seperti darah, kemenyan, bangkai dalam rumah. Kadang kala bau
wangi pun ada juga. Pertukaran bau antara bau busuk dan wangi pun sama juga.

17.Haiwan peliharaan seperti arnab, kucing dan ikan akan mati dengan kadar yang cepat atau akan sakit selalu. Anjing pula akan menyalak tidak tentu hala seperti gelisah atau ternampak sesuatu.Jika terdapat tanda-tanda seperti di atas segeralah mendapatkan rawatan. Semoga anda disembuhkan sepenuhnya dan jadikanlah ianya iktibar dan hampirkanlah diri anda kepada Allah s.w.t. dengan meningkatkan amal ibadah serta memperbaiki segala kesilapan yang telah dilakukan.

18.
Mimpi buruk seperti mimpi ngeri, Kerap bermimpi haiwan seperti tikus, anjing hitam, kucing hitam, ular, kala jengking atau binatang berbisa.

Punca-Punca Ganguan Jin & Syaitan

Terdapat banyak sebab mengapa manusia dikacau dan diganggu oleh syaitan dan jin, antaranya ialah:

1.Jin mencintai manusia
Samaada jin jantan mencintai manusia wanita atau jin betina mencintai seseorang lelaki.

2. Manusia menyakiti jin
Dengan mencurahkan air panas ke atasnya ( tanpa kita ketahui bahawa ia ada di situ), atau seorang terjatuh keatasnya dari tempat yang tinggi atau kencing ke atasnya dan lain -lain lagi.

3. Jin sengaja menzalimi manusia
Tanpa sebarang sebab seperti menyampuknya dan ini tidak akan berlaku kecuali melalui salah satu dari empat keadaan berikut;·
Ketika manusia sedang dikuasai oleh oleh perasaan terlalu marah.·
Ketika seorang itu terlalu takutkan sesuatu.·
Ketika terlalu leka (lalai) dari mengerjakan ibadat.·
Ketika lalai dari mengingati Allah

4. Mensyirikan Allah.

5. Melakukan pelbagai maksiat.

6. Diganggu sihir

7. Lemah pegangan agama, tawakkal dan tauhid

8. Terdapat anjing atau gambar gambar yang tidak dibenarkan oleh syarak di dalam rumah.

9. Ada loceng di dalam rumah kerana Nabi telah bersabda "Malaikat tidak akan bersama dengan kumpulan yang ada padanya anjing atau loceng " (Riwayat Muslim )

10. Memasuki tempat-tempat jin tanpa membaca doa perlindungan seperti tandas, tempat-tempat pembuangan sampah dan lain-lain.

11. Kanak-kanak keluar bermain waktu Maghrib.

12. Tidak melaungkan azan di telinga anak sesudah dilahirkan.Daripada Abu Hurairah katahya, telah bersabda Rasullah SAW, "Tiada sesorang pun dari anak -anak Adam (manusia) itu dilahirkan melainkan akan diganggu oleh syaitan ketika lahirnya, sebab itulah ia menjerit menangis-nangis kerana ganguan syaitan itu kecuali Maryam dan anaknya (Isa ) sahaja "(Riwayat Bukhari dan Muslim ) .
Daripada Abu Hurairah katanya.telah bersabda Rasullah SAW, "Setiap anak Adam dicucuk oleh syaitan pada lambungnya dengan mengunakan jari ketika dilahirkan kecuali Isa bin Maryam" (Riwayat Bukhari).
Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim, menyebut, "Telah bercerita kepada kami oleh Qadi Iyad bahawa semua Nabi sama seperti Nabi Isa dalam keistimewaan ini.

Rupa Bentuk Jin

RUPA BENTUK JIN

Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai manusia.

Cuma yang berbezanya fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang elok.

Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seprti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.

Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat di darab dengan haiwan-haiwan, di darab dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun baru satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Jin.

Manakala jumlah keseluruhan Jin ialah satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang lebih mengetahuinya.
Alam kediaman Jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat Jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi , tetapi hanya jatuh di atas belakang Jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.
Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis.

Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

" Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya ) "

Hadis di atas bermaksud bahawa Jin dan Syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki maupun perempuan, samada yang dewasa atau kanak-kanak.