ADAKAH MANUSIA BOLEH MELIHAT JIN?
Pada  prinsipnya Jin tidak boleh di lihat, di sentuh dan di dengar oleh  manusia dalam bentuk yang asal sebagaimana ianya diciptakan, kecuali  dalam keadaan-keadaan tertentu, Jin boleh di lihat dalam rupa bentuk  yang diingininya.
Jin  juga boleh di lihat oleh manusia dalam keadaan sihir atau ketika  meminum air sihir atau melalui kemahuan Jin itu sendiri untuk  memperlihatkan dirinya kepada manusia.
Di dunia semua Jin boleh melihat manusia manakala manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat Jin selain daripada para Nabi dan Rasul. Manakala di akhirat pula semua manusia mukmin yang ahli syurga boleh melihat Jin manakala Jin yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat manusia.

Antara  kelebihan Jin yang telah diberikan oleh Allah ialah kemampuannya untuk  mengubah dirinya dalam berbagai bentuk dan rupa. Contohnya dalam  peperangan Badar, Iblis telah menampakkan dirinya dalam bentuk seorang  lelaki dari Bani Mudlij dan Syaitan pula dalam rupa Suraqah bin Malik  yang datang membantu tentera musrikin memerangi tentera Islam. ( Iblis  dan Syaitan adalah juga merupakan sebahagian daripada golongan Jin ).
Dalam  Sahih Bukhari juga ada meriwayatkan bahawa adanya Jin yang menampakkan  dirinya dalam bentuk seekor ular dan membunuh seorang pemuda yang cuba  membunuh ular tersebut. Di samping itu Jin juga boleh menampakkan  dirinya dalam rupa bentuk haiwan yang lain seperti rupa bentuk kucing,  anjing dan sebagainya.
 
No comments:
Post a Comment