Yasin 7 Mubin
Antara cara yang biasa digunakan oleh pusat rawatan islam atau pusat rawatan Altenatif dalam menangani kes-kes yang melibatkan kehilangan barang ialah dengan menggunakan bacaan Yasin 7 Mubin.
Kaedah yang dinyatakan di sini adalah satu ikhtiar yang boleh diamalkan bagi bermohon kepada Allah SWT agar barang yang hilang atau dicuri dijumpai semula. Kaedah ini juga boleh diamalkan untuk bermohon agar Allah SWT mengembalikan semula ahli keluarga yang hilang atau yang lari dari rumah. Cara atau kaifiatnya adalah seperti berikut;1. Lakukan Solat Hajat sekurang-kurangnya 2 rakaat dengan bermohon supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang atau dicuri.
2. Doa mencari barang hilang juga boleh dibaca ketika dalam sujud yang terakhir dan selepas ayat mubin. Doa yang menjadi amalan para awliya dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin tulisan Imam an Nawawi. Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’. Berkata Imam Nawawi:
“ Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.”
Doa itu adalah:
اَلَّلهُمَّ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ اِجْمَعْ عَلَيَّ ضَٓالَّتِي، اَللَّهُمَّ يَا هَادِيَ الضَّلَالِ، وَيَا رَادَّ الضَّالِّ، رُدْ اِلَيْهِ ضَالَّتَهُ فَإِنَّهَا مِنْ عَطَاءِكَ وَإِحْسَانِكَ يَا اَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ
Maksudnya: “ Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya,himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu. Ya Allah Engkaulah yang memberi petunjuk kepada orang yang sesat dan mengembalikan barang yang hilang kepada tuannya, Ya Allah kembalikan saya barang-barang yang hilang kerana barang itu pemberianMu kepada hambaMu, wahai Tuhan yang maha pengasih dari yang mengasihani.”
3. Selesai Solat Hajat, mulakan bacaan Surah Yaasin mengikut kaedah seperti berikut;
a.Membaca Surah Yaasin, apabila sampai pada perkataan Mubin yang pertama (iaitu diakhir ayat 12), berdoalah supaya Allah SWT mengembalikan barang yang hilang, kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
b.Untuk pusingan kedua, apabila sampai mubin yang pertama, berdoalah kemudian teruskan bacaan sehingga sampai mubin yang kedua (iaitu diakhir ayat 17). Berdoa lagi sekali di mubin yang kedua ini kemudian ulang semula bacaan Yaasin daripada mula.
c.Untuk pusingan ketiga, berdoa di mubin pertama, kedua dan ketiga (iaitu diakhir ayat 24). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
d.Untuk pusingan keempat, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga dan keempat (iaitu diakhir ayat 47). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
e.Untuk pusingan kelima, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima (iaitu diakhir ayat 60). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
f.Untuk pusingan keenam, berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam (iaitu diakhir ayat 69). Kemudian patah balik membaca Yaasin daripada mula.
g.Untuk pusingan ketujuh (pusingan terakhir) , berdoa di mubin pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh (iaitu diakhir ayat 77). Kemudian teruskan bacaan sehingga ayat terakhir Surah Yaasin.
h.Setelah selesai bermakna anda telah berdoa sebanyak 28 kali.
4. Untuk mendapatkan kesan yang lebih mujarab, lakukan amalan ini selama tiga malam berturut-turut sebaik sahaja mengetahui barang telah hilang.
5. Bagi memudahkan untuk beramal dengan kaedah ini, berikut adalah Surah Yaasin yang telah disediakan kolum bilangan doa yang dibaca mengikut turutan dari 1 hingga 28 yang ditandakan pada ayat yang berakhir dengan Mubin.
No comments:
Post a Comment